Jan 6, 2006

Berubah

Dulu aku penah pk bahwa ade sesetengah benda lam dunia nih yg takkan berubah ato lam erti kata lainnya, kekal tanpa sebarang perubahan. Tapi skarang, aku muler sedar yg setiap benda lam dunia nih berubah setiap ari. Malahan sesuatu yg KEKAL tuh sebenarnya adalah PERUBAHAN.

Bukit-bukau juga sudah berubah akibat ektibiti penggondolan dek manusia. Lautan dalam berubah juga dek kehebatan tsunami. Gunung berapi yg memuntahkah lahar juga turut merubah sebahagian bentuk muka bumi di kawasan tertentu. Kalendar jugak turut berubah. Umpamanya, tahun lepas kiter berada di tahun 2005, manakala di masa ini kiter sudah melangkah di tahun 2006. Tuh sebahagian daripada fenomena yg berlaku lam diari dunia.

Bagaimana pula dengan manusia? Manusia juga berubah sikap, minat dan menjadi semakin tua setiap ari. Ader orang yg takut menghadapi perubahan dalam hidupnya. Aku? Aku tidak gentar untuk berubah. Aku cuma risau berubah ke arah keburukan. Mungkin ini adalah alasan yg terbaik bagi mereka yg bimbangkan perubahan. Maner ade org yg takut berubah menjadi lebeh baik? Tak gitu? Bagaimana lak ngan korang? Berani tuk berubah?

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.