Jan 25, 2006

Makan

Aku suka makan. Korang pun tentu suka makankan? Aku punya tabiat mengenai makan yang aku bawak sejak kecik dulu hingga laa aku sedewasa ini. Sebenarnya aku suka menyimpan dahulu makanan kegemaran aku. Maksud aku, makanan tersebut adalah yang terakhir aku makan. Aku berasa agak sayang untuk makan makanan tersebut di awal suapan. Maklum laa, makanan tersebut lazat lagik sedap. Kadangkala, kalau aku makan bersama keluarga, sekiranya ada di antara mereka yang masih belum selesai makan, aku akan ambil sedikit makanan yang sedap tersebut. Akibatnya, aku akan dimarahi oleh mereka. Ini kerana, mereka juga gemar menyimpan makanan tersebut.

Walaupun, kami tidak berebut makanan, tapi sekurang²nya aku akan dapat makan lebih sedikit makanan yang lazat itu sebab aku telah mengambil makanan mereka. Tetapi sekarang, adik² aku sudah mula pandai berjimat, mereka akan makan jauh dari aku sekiranya mereka mempunyai makanan yang sedap. Akhirnya, tidak dapat laa aku meminta makanan dari mereka lagi. Ada masanya, mereka sendiri akan memberikan makanan tersebut kepada aku kerana mereka sudah kekenyangan. Walhal, itu santapan kegemaran mereka. Sebaiknya, korang makan lebih cepat dari orang lain, sekurang²nya korang dapat makan banyak makanan lazat sekiranya teman di sebelah sudah tidak larat menghabiskannya. Begitu laa taktik aku. Apa pula taktik korang??

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.