May 1, 2007

Anti Spyware Terbaik

Penulis nak share satu software yang best tuk korang seme. Seblum penulis kongsi software nih, meh kita bekenalan dolu dengan apa itu Spyware.

Spyware adalah perisian kecil (small software) untuk mencari maklumat di dalam pc melalui sambungan internet tanpa pengetahuan mangsa, lazimnya dalam bentuk iklan popup. Spyware biasanya terselit bersama perisian Freeware atau Shareware yang boleh di muatturun melalui internet. Spyware dapat mencuri maklumat melalui memori komputer dan bandwidth internet. Ia mirip Trojan Horse. Oleh sebab itu, spyware boleh menyebabkan sistem komputer rosak (crash) atau sistem menjadi tidak stabil. Kebanyakan spyware tidak dapat di kesan oleh kebanyakan perisian anti-virus biasa.

Penulis telah menginstall software ini yang dinamakan Advance Windows Care dan ternyata ianya sangat mesra pengguna. Selain itu, ia juga mengimbas dengan laju dan tidak membebankan komputer. Jadi, penulis sarankan kawan² menggunakannya juga untuk menyingkirkan spyware di komputer masing².

Muat turun software ini di Advance Windows Care

Source : Laman PHP Zulkiply Harun

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.