Apr 27, 2007

Perkara Pelik Tentang Penulis

Penulis kena tag dgn akak zaLin. Actually, penulis tak pernah pun kena tag nih, maklum laa blog nih cuma blog picisan, bukan blog glamor cam kengkawan yang lain. Tuk memenuhi pemintaan tag akak zaLin, penulis akan cuba sedaya-upaya tuk senaraikan apakah pekara yang pelik tentang penulis. Takde laa pelik mane pun, hal² biasa je. Okeh, layannn.

Enam Perkara Pelik Tentang Penulis

1) Penulis tidak gemarkan sayur. Lelagik laa kalo sayur tuh maseh keras walopun dah dimasak. Selalunya penulis amik kuah jerk laaa. Kalo nak makan mee goreng / nasi goreng / mee kari dan sebagainya yang ada sayur, siap laa penulis kutip sayur satu persatu tuk dibuang. Penulis hanya bleh makan sayur apabila rasa pahitnya telah tiada atau sayur itu benar² empuk. Walopun gitu, penulis suka makan salad ngan tomato.

2) Selain tidak suka sayur²an, penulis juga tidak gemarkan buah²an. Bleh dibilang ngan jari jerk buah yg penulis suka. Penulis suka buah mangga dan jambu batu. Buah²an yg lain tuh lbeh banyak tak makan dari makan. Kekadang tuh sekadar ambil seulas atau sebiji bila org beria nak bagi.

3) Mesti ada dua bijik bantal peluk masa tido. Kalo tidak payah laa nak lena. Terasa ada kekurangan jerk kalo tido tanpa bantal peluk. Penulis lazimnya akan peluk bantal peluk seblah kanan kalo mengiring ke kanan dan begitulah sebaliknya. Kalo gi memana dan kena bemalam kat tempat tuh, susah laa penulis nak lelap sebab bantal peluk takde. Nak bawak bantal peluk cam tak seswai plak. Kalo bantal bucuk, takper. Hehe!!!

4) Suka menonton drama Cina. Penulis memang peminat fanatik drama Cina. Dari satu siri ke satu siri penonton mengikutinya. Sekarang ini penulis sedang mengikuti drama The Spirit Of Love yang disiarkan di chenel 19 Astro AEC. Drama itu sudah ditayangkan sebanyak 464 episod dan maseh belum menunjukkan tanda² akan tamat lam masa terdekat nih. Bayangkan drama nih sudah bape lama ditayangkan. Walopun suka banget menonton drama tapi hanya drama cina je yang penulis layan. Drama berbahasa lain tuh tidak mendapat tempat di hati penulis.

5) Penulis sangat rapat dengan kedua ibu bapa. Kadangkala penulis memegang peranan sebagai anak lelaki. Di mana ada ayahanda penulis, kelibat penulis selalu kelihatan bersama. Walaupun tempat itu dipenuhi lelaki, penulis tetap ada bersama. Menemani ayahanda shopping dan menunaikan solat jumaat perkara biasa bagi penulis. Rasanya jemaah kat masjid tuh dah lali dengan kehadiran penulis setiap hari jumaat.

6) Last but not least, penulis bukan sombong tapi wajah penulis serius. Selalu laa plak orang cop mohorkan penulis sebagai sombong walhal hal itu tidak tepat sama sekali. Penulis sebenarnya ramah kalo kena butir bicaranya. Nape?? Tak caye ke?? Kan ke pelik tuh.

Nak sebarkan tag nih pada siapa plak ye??
Pada sesiapa yg sudi aje laa.

Gitoo ler serba sket yang dapat penulis citerkan tentang kepelikan penulis. Pelik ke?? Penulis rasa lebeh kepada benda yang penulis kurang suka. Hehehe!!!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.