Jul 31, 2007

Membina Teks Berdasarkan Gambar


Kreatif tak gambar kat atas tu? Kalau anda mahu tahu, teknik yang digunakan untuk membuat gambar sedemikian dinamakan Membina Teks Berdasarkan Gambar. Anda cuma perlu mengupload gambar anda sendiri dan kemudian pilih samada anda mahu dalam bentuk B & W, COLOR, LETTERS atau SQUARES. ihikhik

Pastikan gambar anda berukuran 60 x 50 pixel. Ikuti beberapa langkah mudah dan gambar anda siap untuk ditukarkan kepada bentuk seperti contoh gambar yang penulis beri. Mudah bukan?? Cubalah sendiri di Typorganism.siul

Jul 30, 2007

Ada Apa Dengan Angka 4


Ini kali kedua penulis kena tag. Kali pertama dulu ditag dek akak ZaLin, sekarang pun akak ZaLin juga punya angkara. Hehehe! Penulis cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak tag kali ini. Ok, ini laa hasil taggie tersebut. encem

4444 - Taggie tentang nombor 4

4 jobs in my life
1. Cashier at Mini Market
2. Clerk at Power Engineering
3. Waitress at Arzza Restaurant
4. Teacher at Pusat Tuisyen Sukses

4 countries I've been to
1. Malaysia
2. Malaysia
3. Malaysia
4. Singapore

4 of my favourite food
1. Nasi Ayam
2. Mee Kari
3. Fried Chicken
4. Satay

4 places I'd rather be at now
1. Home
2. Class
3. Holiday
4. Beach

4 friends to tag
1. You
2. Anyone
3. Other bloggers
4. No one

Penulis tak tahu nak sebarkan taggie ni pada siapa, kalau anda sudi, bolehlah membuat tag ini di blog anda. Hehehe!!! kenyit

Jul 28, 2007

Template Blog


Soalan yang agak kerap ditanya pada penulis ialah tentang template / skin yang penulis gunapakai. Untuk tidak menghampakan anda, penulis akan bercerita sedikit tentang template ini. Template ini diberi nama 3 Column Basic Blue. Pada asalnya latarbelakang template ini berwarna biru tetapi telah penulis ubahsuai seperti warna yang anda lihat sekarang. ihikhik


Sekiranya anda berminat untuk mempunyai template seperti penulis, anda bolehlah memuatturunnya di BETA Blue 3 Column Zip. File ini cuma bersaiz 12KB. Untuk pilihan template yang lain, anda bolehlah ke websitenya di Freeskin Blogger Skins. Download jangan tak download. senyumkenyit

Jul 27, 2007

Mesej Terakhir Wira Negara



Paparan di atas merupakan sms terakhir dari Allahyarham Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias kepada isteri tercinta dari dalam helikopter NURI yang terhempas pada pagi hari Jumaat bersamaan 13 Julai 2007. Penulis dapat membayangkan bagaimana sedihnya hati isteri allahyarham ketika mendapat tahu tentang nahas yang menimpa suaminya. Penulis turut berdukacita di atas pemergian wira negara itu. nangih

Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada para wira negara kita sekiranya anda sedang membaca entri ini. Sesungguhnya pengorbanan mereka menggadai nyawa demi keamanan Malaysia tercinta tiada galang gantinya. Penulis berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang² yang beriman. doa

Jul 24, 2007

Sembunyikan Program Windows Di System Tray


Selalunya apabila kita membuka pelbagai program aplikasi di Windows, taskbar kita akan penuh dengan pelbagai jenis program tersebut. Tahukah anda bahawa anda boleh menyembunyikan semua program aplikasi yang anda tidak perlukan di system tray anda? ihikhik


Inilah hasilnya setelah anda menyembunyikan program aplikasi anda di system tray. Caranya mudah saja. Anda cuma perlu memuatturun software Tray It dan install pada pc anda. Kemudian tekan saja kunci "Ctrl + Minimize" serentak, program tersebut akan berada di system tray anda. Cubalah sendiri. encem

Images from Hongkiat Blog

Jul 23, 2007

Browser Tricks

Tricks dari javascript yang baru saja penulis cuba. Sebenarnya penulis kebosanan, sambil menyelongkar pakcik google, terjumpa laa tricks ini. Ingin pula penulis kongsi dengan pembaca semua. Pastikan anda mempunyai browser Firefox untuk mencubanya.kenyit

Copy code di bawah dan paste pada address bar Firefox anda. Kemudian, enter saja.

javascript:function Shw(n) {if (self.moveBy) {for (i = 35; i > 0; i--) {for (j = n; j > 0; j--) {self.moveBy(1,i) ;self.moveBy(i,0);self.moveBy(0,-i);self.moveBy(-i,0); } } }} Shw(6)

Bagaimana, bergegar tak Firefox anda?? jelir

Jul 22, 2007

Teknik Gambar Polaroid


Penulis terjumpa satu website yang boleh mengupload gambar dan gambar tersebut akan kelihatan sedikit senget atau pun lebih dikenali sebagai polaroid effect. Selain boleh mengupload gambar, anda juga boleh resizekan saiznya mengikut kehendak anda sendiri. Anda boleh melihat contoh di atas. senyum

Namun begitu, anda perlu menyimpan gambar ini di dalam pc anda sebelum diupload ke hosting lain kerana website tersebut hanya mengubah imej tersebut tetapi tidak membenarkan anda menghostkan gambar di situ. Sekiranya anda sudah bosan mengupload gambar dalam keadaan biasa, anda bolehlah mencuba teknik ini pula. jelir

Layari Polaroize Photos dan polaroidkan gambar anda. senyumkenyit

Jul 21, 2007

Buka Semula Tab Terakhir Di Firefox

Pernahkah anda secara tidak sengaja tertutup laman web yang sedang anda layari? Selain daripada menyelongkar semula laman web tersebut di bahagian "History", anda boleh melakukan trick ini untuk membuka semula laman web terakhir tersebut. senyum

Jika anda secara tidak sengaja tertutup laman web tersebut, anda boleh mencuba dua cara di bawah untuk membukanya semula.
  • Cara 1 : Anda cuma perlu menekan butang “Ctrl + Shift + T” serentak.
  • Cara 2 : Anda klik tab History, kemudian pilih Recently Closed Tabs.
Sekarang, anda cuba buka tab baru, kemudian tutup semula tab tersebut. Cuba trick yang penulis ajar. Mudah bukan? kenyit

Note : Tips ini hanya untuk pengguna browser Firefox.

Jul 20, 2007

Menghapus Jejakmu


Jom layan lagu. Asyik bekerja penat juga, minda perlukan pengisian. Badan juga perlukan rehat. Kali ini penulis mahu membawa anda menikmati lagu santai dari band popular Indonesia iaitu Peterpan. Dengarkan melodinya yang bersahaja dan liriknya yang mudah. rindu



Menghapus Jejakmu by Peterpan

Terus melangkah melupakan mu
Lelah hati perhatikan sikap mu
Jalan fikiran membuat ku ragu
Tak mungkin ini tetep bertahan

Perlahan mimpi terasa mengganggu
Ku coba untuk terus menjauh
Perlahan hati ku terbelenggu
Ku coba untuk lanjutkan hidup

Engkau bukan lah segala ku
Bukan tempat tuk hentikan langkah ku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejak mu

Lepaskan segalanya
Lepaskan segalanya

na na na na na.......
na na na na na.......
na na na na na.......
na na na na na.......

Bagaimana hendak menghapuskan jejak ye?? fikir

Jul 19, 2007

Tentang Seseorang

Ada apa dengan penulis???

Penulis blog ini hanyalah seorang insan biasa yang gemar menulis. Penulis blog ini hanya mahu dikenali sebagai Eriyza. Penulis mencoret sesuatu di blog ini berdasarkan pembacaan dan pengalaman hidupnya sendiri. Penulis berasal dari pantai timur dan menjadikan buku dan komputer sebagai rakan akrabnya. Penulis bertugas sebagai seorang guru tuisyen. jelir

Watak dan perwatakan

Seorang yang sederhana dalam banyak hal. Wajah nampak serius malahan jarang senyum di depan orang yang tidak dikenali. Kalau kenalan yang sudah dikenali, penulis memang peramah dan suka bergurau. Tidak pandai hendak menunjukkan perasaan kasih sayang kepada orang yang sangat disayangi. Gemar berterus-terang di dalam apa jua keadaan. Tidak suka menceritakan masalah kepada orang lain kecuali adinda² yang dikasihi dan teman paling rapat. kenyit

Hobi

Selain menulis dan membaca, penulis gemar melayari internet. Maklumlah, sejak rakan² penulis berkahwin,penulis sudah tidak mempunyai kawan untuk bersua muka dan berbual² seperti dahulu lagi. Mereka kini sudah punya komitmen terhadap rumahtangga dan anak². Cuma penulis saja yang masih solo wal single. ihikhik

Impian

Penulis bersyukur dengan apa saja yang telah penulis miliki pada hari ini. Punyai ayahanda dan bonda yang penyayang, keluarga yang bahagia, ada pekerjaan dan banyak lagi limpahan nikmat yang Allah bagi. Walaupun penulis tidaklah tergolong di dalam kalangan orang yang kaya tetapi penulis gembira dengan kehidupan sederhana penulis. Impian penulis kini hanyalah ingin berkahwin dan melayari kehidupan berumahtangga bersama sesiapa sahaja yang ditakdirkan untuk penulis. Penulis berharap penulis akan mempunyai beberapa orang cahayamata yang soleh dan solehah. Selain itu, penulis ingin menunaikan fardu haji dalam usia yang muda. Untuk masa depan yang lebih terjamin pula, penulis berhasrat untuk memiliki sebuah restoran. Bolehlah penulis meneruskan tradisi perniagaan keluarga penulis. Doa dan harapan, semoga semua impian penulis akan termakbul. InsyaAllah. rindu

Memori Percintaan

Setiap insan mempunyai kenangan terindah di dalam hidupnya. Hal ini juga terjadi kepada penulis tetapi biarlah ia kekal menjadi sejarah di dalam diari hidup penulis. Bukan semua perkara di dalam hidup ini perlu dijadikan santapan kepada orang lain, penulis akan menyimpan cerita cinta ini sendiri. Maaf kerana penulis tidak bersikap "sporting" apabila berbicara tentang perasaan cinta. love

Hilangkan Navbar Blog

Atas permintaan Junior, penulis akan mengajar bagaimana untuk menghilangkan header blog. Sebenarnya, bukan susah untuk menghilangkan header tersebut, anda cuma perlu meletakkan kod di bawah di tempat yang betul di dalam template anda. kenyit

Cari tag <style type="text/css"> dan </style> di dalam template blogger beta anda.

Tampal kod ini didalamnya.

#navbar-iframe {
height:0px;
visibility:hidden;
display:none
}


Untuk blogger classic pula, anda cuma perlu meletakkan kod di bawah ini :-

#b-navbar
{ height:0px; visibility:hidden;
display:none
}

Save dan siap.
Selamat mencuba. sengihnampakgigi

Jul 14, 2007

Tulisan Terbalik

Cuba baca tulisan penulis kat bawah. Perhatikan betul² setiap tulisan yang terpampang dan cuba eja satu persatu. Ambil masa anda untuk menafsirkan ayatnya, jangan tergopoh-gapah, nanti susah pula hendak difahami. mrgreen

(: ¡¡¡ǝɥǝɥǝɥ ˙ʞılɐqɹǝʇ ɐɹɐɔǝs ɐɔɐqɯǝɯ uɐɹıɥɐɯǝʞ ıɐʎundɯǝɯ ƃuɐʎ ƃuɐɹoǝs ɐpuɐ ɐʎuɥnƃƃunsǝs 'ɐɔɐqıp ʇɐdɐp nɐlɐʞ ¿¿ıuı ılɐʞ sılnuǝd ıɹʇuǝ ʞɐpıʇ nɐʇɐ ɐɔɐqɯǝɯ ʇɐdɐp ɐpuɐ

Penulis sengaja mahu menguji minda anda. Tak susah mana pun kan?? Teruskan membaca sekiranya anda belum boleh meneka butir perkataannya. Mahu jawapan juga ke?? Ok laa, penulis bagi jawapannya kat bawah nih.

Anda dapat membaca atau tidak entri penulis kali ini?? Kalau dapat dibaca, sesungguhnya anda seorang yang mempunyai kemahiran membaca secara terbalik. Hehehe!!! :)

Mahu mencuba?? Dapatkan flip generator anda di sini. sengihnampakgigi

Jul 13, 2007

Yahoo Emoticons Dalam Blog


Hari ini penulis belajar cara untuk memasukkan smileys ke dalam blog. Kalau anda perasan, penulis jarang sekali meletakkan ikon smileys ke dalam blog ini. Itu kerana penulis malas untuk copy paste dari laman Yahoo Emoticons ke dalam blog ini. Jom kita lihat bagaimana hasilnya percubaan penulis untuk memasukkan smileys tersebut.

setanputuscintesenyumnangihciumxpastisedihsenyumkenyitkenyitsengihnampakgigisoallove


Berikut adalah cara² untuk menginstall yahoo emoticons ke dalam blog :-

1) Anda perlu mempunyai Firefox (version 2.0 or 1.5). Download di sini : Firefox with Google Toolbar.

2) Kemudian install Greasemonkey, ia membolehkan script diterima oleh Firefox.

3) Selepas itu anda install pula script ini (tak perlu save link, klik saja dan ia akan extract sendiri ke dalam Greasemonkey).

4) Dalam edit template blog anda carik kod css ini ]]></b:skin>

5) Masukkan pula kod dibawah sebelum kod ]]></b:skin>

img.emoticon {
padding: 0;
margin: 0;
border: 0;
}

6) Save template anda.

7) Cuba buat new post dengan menggunakan mode Compose dan anda akan mendapati ikon smiley anda sudah siap untuk digunapakai.

Selamat mencuba.

Sumber : Ien Blogspot