Showing posts with label Template. Show all posts
Showing posts with label Template. Show all posts

Oct 29, 2011

Template Blog Dari MyBloggerTheme


Sudah lama menggunakan template Cubismo, akhirnya penulis telah bertukar kepada template baru pula. Kali ini, penulis menggunapakai template Shadow Box pula. Penulis 'jatuh cinta' pada template ini ianya kelihatan ringkas dan kemas. Seperti biasa, penulis melakukan sedikit pengubahsuaian mengikut citarasa penulis sendiri.

Dec 20, 2010

Blogspot Memperkenalkan Template Telefon Pintar


Pertumbuhan pesat teknologi telefon pintar turut menyebabkan para pembangun blog berpelantarkan Blogspot bekerja lebih keras. Mereka menyedari pada masa kini, blog² mula diakses melalui telefon pintar. Oleh kerana skrin telefon pintar terlalu kecil untuk memaparkan keseluruhan isi blog, kru Blogspot telah mengeluarkan template khusus untuk para pembaca yang mengakses blog² melalui telefon pintar.

Nov 2, 2010

Template Blog Dari Bloggerbits


Bercadang hendak menukar template blog yang telah berbulan tidak berganti?? Anda mungkin akan suka dengan rekaan blog Rethranaj Rambabu, anak muda yang berasal dari Kuala Lumpur. Kebanyakan template yang dibuatnya kreatif malah memenuhi citarasa muda-mudi kini.

May 2, 2010

Template Blog Dari Blogger Template Place


Semalam semua orang bercuti sempena Hari Pekerja tetapi penulis tetap bertugas seperti biasa. Okey, kita teruskan dengan topik ini. Kali ini penulis ingin memberikan anda satu lagi web yang membolehkan anda memuatturun template blog secara percuma.

Mar 13, 2010

Blogspot Memperkenalkan Template Designer


Blogspot maju setapak lagi. Selepas memperkenalkan satu persatu fungsi yang menarik, kini ia menambah satu lagi perkhidmatan baru iaitu template designer. Nak tahu apa bagusnya perkhidmatan ini?

Dec 29, 2009

Template Blog Rekaan Boonto


Kita sudah berada di penghujung tahun 2009. Mungkin ada di antara anda yang ingin menukar template baru sempena tahun 2010 nanti. Apa kata anda mencuba template hitam menawan hasil kreativiti bloggers Malaysia juga iaitu Boonto??

Nov 30, 2009

Tema Baru Di Template Baru


Watch out! I'm back! Topik ini auto publish kerana penulis sedang dalam perjalanan ke Puchong. Penulis akan mengedit semula topik ini selepas pulang dari sana. See ya!


Kemaskini

Penulis sudah pulang dari Puchong. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana semua urusan sudah usai. Beberapa hari lalu penulis menutup blog ini kerana mendapat aduan bahawa sebahagian besar tutorial dan template blog diplagiat. Setelah penulis melihat bukti di blog tersebut, penulis memutuskan untuk menukar template blog ini. Selain itu penulis juga menukar taglinenya dari Tanggapan Tentang Topik Tertentu kepada Bloggers Tutorial Centre atas saranan seorang pembaca sebelum ini. Memandangkan blog ini banyak berkisar tentang ilmu, tagline itu sudah tidak relevan.

Kalau ikutkan hati mahu sahaja penulis privasikan blog ini dengan menjemput pembaca setianya sahaja tetapi bak kata pepatah melayu, jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Sebenarnya pembaca setia yang banyak memberi galakan agar blog ini terus bertahan. Terima kasih kerana masih setia membaca setiap bahan yang penulis paparkan.

Kali ini penulis ingin memberi sedikit 'tips' kepada pemelagiat. Anda mungkin menyangka penulis asal blog tersebut tidak tahu tentang kemunculan blog plagiat anda tetapi jangan lupa dunia bloggers ni luas. Boleh jadi orang yang masuk ke blog anda adalah pembaca tegar blog lain. Jika olahan ayat hampir sama dan template pun bagaikan kembar, mana mungkin tiada yang perasan. Jadi, jangan pernah kedekut untuk menyatakan sumber rujukan jika anda merujuk hasil kerja orang lain.

Penulis tidak mahu mengaibkan bloggers tersebut. Penulis tidak akan meletakkan alamat blognya di sini. Penulis cuma berharap kes seperti ini tidak akan berulang lagi. Sekian.

Oct 25, 2009

Template Blog Dari All Blog Tools



Lagi template Blogspot yang menarik untuk anda muatturun dan seterusnya gunapakai di blog anda. Kebanyakan tema Blogspot yang disediakan di sini dirip daripada Wordpress. Temanya menarik dan kemas sesuai untuk semua orang.


Untuk melihat gambaran tema yang lebih jelas, silalah berkunjung ke All Blog Tools.

Aug 1, 2009

Template Blog Dari Bietemplates


Satu lagi blog yang menghimpunkan pelbagai jenis template yang menarik. Bagi sesiapa yang berminat untuk menukar template, bolehlah cuba melihat template yang disediakan, manalah tahu kalau-kalau ianya memenuhi citarasa anda.


Anda boleh melihat template tersebut di Bietemplates.

Jun 26, 2009

Template Blog Rekaan Ray Creations


Sesiapa yang berniat hendak menukar template, penulis ingin memperkenalkan anda satu laman sesawang yang menyediakan beberapa jenis template yang agak menarik. Walaupun tidak begitu banyak pilihan template yang disediakan tetapi ia mungkin ditambah pada masa akan datang.


Justeru, bagi sesiapa yang sedang ligat memikirkan template baru untuk digunakan, bolehlah cuba melihat template yang ada di Ray Creations. Namun begitu, template yang disediakan banyak dirip dari Wordpress.

Apr 27, 2009

Template Blog Rekaan Muncet


Template blog yang menarik memungkinkan blog anda dikunjungi oleh ramai orang. Untuk itu, anda disarankan untuk memilih template blog yang bersesuaian agar ia dapat menonjolkan lagi keserasian antara isi kandungan blog dan tatariasnya. Kali ini penulis ingin mengupas topik tentang template blog.


Template buatan Muncet atau lebih terkenal dengan gelaran Ien merupakan antara template yang paling penulis minati. Jika anda seorang pengikut tegar blog ini, anda pasti maklum bahawa blog ini pernah menggunakan template hasil garapannya. Secara peribadi, penulis berpendapat kebanyakan template yang dibuat menarik selain mudah digunakan. Muncet juga pandai memilih warna latar belakang dan tulisan.

Ada juga aksessori yang telah disediakan khusus untuk anda yang gemarkan blog penuh variasi. Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas, silalah berkunjung ke blog Muncet. Jangan membuang kredit untuk pemilik asalnya jika anda mahu mengubah template tersebut.

Feb 17, 2009

Putih Kuning Blogku

eriyza's blog - http://eriyzaqistina.blogspot.com
Setelah beberapa purnama menggunakan blog bertemakan Simple Red Template garapan Ien, kini penulis menukar lagi tema blog ini. Kali ini penulis menggunakan tema My Yellow Face sentuhan Marzuki pula. Jika anda pengunjung tegar blog ini, anda pasti sudah lali dengan kegemaran penulis menukar tema blog.


Lazimnya, penulis akan mengedit tema baru blog penulis dengan menambah widget tertentu. Antara lain tujuannya adalah untuk memahirkan diri di dalam pengolahan skrip CSS dan HTML. Bak kata pepatah inggeris 'practice makes perfect'. Ada kalanya tema yang penulis edit sudah jauh berubah dari bentuk 'fizikal'nya yang asal namun kredit kepada tuan asal tidak pernah penulis buang. Bagi penulis, mengedit tidak salah tetapi hak cipta orang lain perlu dihormati.

Justeru, kalau berminat untuk mendapatkan tema blog seumpama ini, anda boleh berkunjung ke blog Dilarang Melarang untuk mendapatkan kod xmlnya. Sekali lagi penulis ingatkan, anda boleh mengedit sesuka hati anda tetapi jangan dibuang penghargaan terhadap tuannya. Bayangkan jika karya anda diakui oleh orang lain sebagai milik mereka, tentu anda sakit hati bukan?? Jadi, hormatilah karya orang lain jika anda seorang bloggers yang bagus.

Nota : Penulis dan Marzuki bukan orang yang sama kerana kami berlainan jantina mahu pun fizikal. Penulis berharap tiada lagi orang yang keliru tentang hal ini hanya kerana layout blog kami serupa. Harap maklum.

Nov 16, 2008

Gambar Pada Latarbelakang Blog


Merujuk pada soalan Encik Faiz di kotak jerit bertarikh 15 November 2008, dia mahu tahu cara untuk menambah latarbelakang pada template Elegant seperti yang penulis buat pada blog ini. Justeru, topik kali ini penulis khususkan untuk mengajar cara menambah latarbelakang pada blog dengan menggunakan gambar. topi


Berikut ialah cara² untuk membuatnya.
  • Login.
  • Pilih Layout - Edit HTML.
  • Cari kod di bawah ini menggunakan CTRL + F.
/* -- Main -- */
body{background:#eeeddf ; margin:0; padding:0; font:12px arial,Sans-erif; text-align:center; color:#333}

  • Tukarkan kod tersebut seperti kod ini.
/* -- Main -- */
body {background:#eeeddf url('http://www.lamanweb.com/gambar.gif'); margin:0; padding:0; font:12px arial,Sans-erif; text-align:center; color:#333}

  • Preview.
  • Save template jika anda berpuashati dengan hasilnya.
Selamat mencuba. Semoga berhasil. senyum

Apr 20, 2008

Template Blog II


Anda pengguna blogspot?? Adakah anda sedang mencari template baru untuk blog anda?? Adakalanya penggunaan template yang sama untuk jangka masa yang lama membuatkan tuan punya blog bosan. Pengunjung blog anda juga mungkin suka jika blog anda berubah corak dan warna. Blog yang cantik dan berinfomasi akan menarik minat mereka untuk terus menjadi pembaca setia setiap karya anda. kenyit


Oleh itu, mari kita selongkar laman web B Templates yang menyediakan pelbagai jenis template untuk dimuatturun. Mungkin ada template yang sesuai untuk anda. Ada pelbagai pilihan dari satu kolum sehingga empat kolum serta gabungan tema dan warna yang menarik. Ayuh kita tukar template. peace

Nov 13, 2007

Hitam Putih Blogku


Empayar blog penulis terus berubah wajah apabila buat sekian kalinya penulis menukar mekapnya. Template baru penulis ini diilhamkan sepenuhnya dari blog Cyperhackz. Penulis telah meminta pertolongan Delang untuk menghasilkannya. Dia telah menukar blog Wordpress kepada blog Blogger dengan sukses. Akhirnya, inilah rupa paras blog penulis yang baru. Menariknya, blog ini penulis gunakan sepenuhnya pada tarikh 11/11/07. senyumkenyit



Sebelum ini penulis menggunakan template 3 kolum dengan konsep warnanya putih dan merah jambu. Lama juga penulis menggunakan template itu dan pernah penulis menukar templatenya kepada template baru tetapi hanya bertahan dua hari. Itu pun kerana ada pembaca blog ini yang mahu template white pink dikekalkan. Penulis menukar kembali blog penulis kepada wajah asalnya. Tidak penulis nafikan, penulis sayang pada template white pink itu.

Tetapi penulis sungguh teruja untuk menggunapakai template ini setelah Delang menyiapkan proses pembikinannya. Penulis terus menukar wajah blog ini setelah mendapat green light daripada Delang. Penulis berharap para penggemar blog ini berlapang dada menerima template black and white barunya. InsyaAllah penulis akan menggunakan template ini dengan tempoh masa yang lama kerana pembikinannya adalah di atas permintaan penulis. Penulis yakin anda pasti menyukai wajah baru blog ini.

Akhir sekali, penulis ingin merakamkan setinggi² penghargaan buat dua orang blogger yang menjadikan template ini suatu kenyataan. Terima kasih buat Delang dan Cypherhackz. Jasa baik kalian amatlah penulis hargai. Sekiranya anda juga ingin memiliki template seperti ini, muatturun di Delang 3 Column. Anda dilarang sama sekali membuang kredit yang diberikan kepada mereka berdua. Hargailah hasil kreativiti mereka. cium

Oct 31, 2007

Wajah Baru Blogku


Tema blog ini berubah lagi. Seperti yang anda dapat lihat, inilah wajah baru blog penulis. Sebenarnya tema terbaru didatangkan dalam 2 kolum tetapi telah dimekapkan oleh sentuhan jari penulis sehingga wajahnya yang asal telah bertukar menjadi 3 kolum. Penulis menambah sidebar baru dan menukar warna latar bahagian tengah. Hasilnya seperti yang anda lihat sekarang. setan

Tema asal blog ini dinamakan The Missing Piece. Penulis telah melakukan pengubahsuaian ke atas blog ini dalam jangkamasa yang agak singkat. Kebiasaannya, percaturan penulis untuk mengubah wajah blog penulis dengan motto 'try and error'. gelakguling

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan template seperti ini, sila download di Fresh Blogger Templates. kenyit

Jul 28, 2007

Template Blog


Soalan yang agak kerap ditanya pada penulis ialah tentang template / skin yang penulis gunapakai. Untuk tidak menghampakan anda, penulis akan bercerita sedikit tentang template ini. Template ini diberi nama 3 Column Basic Blue. Pada asalnya latarbelakang template ini berwarna biru tetapi telah penulis ubahsuai seperti warna yang anda lihat sekarang. ihikhik


Sekiranya anda berminat untuk mempunyai template seperti penulis, anda bolehlah memuatturunnya di BETA Blue 3 Column Zip. File ini cuma bersaiz 12KB. Untuk pilihan template yang lain, anda bolehlah ke websitenya di Freeskin Blogger Skins. Download jangan tak download. senyumkenyit