Oct 11, 2007

Membuat Pintasan URL Menggunakan Notepad


Gambar yang penulis tunjukkan di atas adalah contoh laman web yang penulis simpan di Desktop. Ianya memudahkan penulis untuk ke laman web tersebut tanpa perlu menaip di browser Firefox. Sekiranya anda mempunyai laman web kegemaran dan ingin menyimpannya di Desktop tanpa perlu "bookmark", anda boleh mengikuti tunjuk ajar di bawah. Teknik ini dipanggil pintasan (shortcut). star

Anda boleh melakukannya menggunakan kaedah pengaturcaraan berikut:

1) Buka program Notepad

2) Masukkan kod di bawah:

[InternetShortcut]
URL=http://www.eriyzaqistina.blogspot.com

Nota : Gantikan URL dengan alamat blog / laman web yang anda mahu.

3) Simpan sebagai (Save As) eriyzaqistina.url di Desktop

File Name: eriyzaqistina.url
Save as type: All Files

Satu ikon pintasan (shortcut) akan dihasilkan, klik pintasan ini untuk melayari laman blog Eriyza Qistina. Selamat mencuba. kenyit

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.