Mar 1, 2008

Malang Tidak Berbau



Kelmarin, sewaktu penulis di dalam perjalanan ke Chendor, penulis terlihat satu kemalangan di kawasan Geliga. Patutlah keadaan lalulintas menjadi perlahan setibanya penulis di lampu isyarat Geliga, berhampiran pasaraya Samamaju. Kemalangan itu membabitkan tiga buah kenderaan iaitu pacuan empat roda, teksi dan van. sedih


Kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah Kuantan tidak dapat dikawal ketika melalui selekoh lalu terbabas ke laluan sebelah kanan. Kemudian, ia merempuh pula teksi Proton Wira yang datang dari arah Chukai. Teksi tersebut remuk teruk di bahagian hadapan. Sebuah van pula kelihatan turut terbabit di dalam kemalangan itu tetapi cuma sedikit rosak. Penulis anggarkan van tersebut melanggar bahagian sisi teksi tersebut. Walaubagaimanapun, penulis tidak sempat mengambil gambar van tersebut.

Keadaan jalan raya licin kerana selepas hujan. Penulis sempat melihat pemandu pacuan empat roda itu. Dia adalah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Ibok. Penulis tidak tahu namanya, cuma mengenali rupanya sahaja. Kepada pembaca blog ini dan diri penulis sendiri, berhati²lah memandu ketika hujan. Seperkara lagi, jangan memandu terlalu laju. takbole

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.