Mar 2, 2008

Warga Emas Calon Pilihanraya 2008


Warga emas berusia 89 tahun telah disahkan akan bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Si nenek, Maimun Yusuf ini bertanding atas tiket calon bebas dengan menamakan partinya sebagai Parti Tanah Melayu Beragama Islam yang akan menggunakan lambang kunci.

Dia akan bersaing dengan Datuk Razali Ismail iaitu calon Barisan Nasional dan juga Timbalan Presiden Pas iaitu Mohamad Sabu. hah



Nenek Maimun bersembang bersama Nordiana, Datuk Razali dan Mohamad Sabu sejurus selepas penamaan calon. ihikhik

Penulis difahamkan nenek ini telah berusaha untuk melayakkan diri sebagai calon sejak empat kali pilihanraya yang lepas. Ini bermakna hampir dua puluh lalu nenek ini telah mencuba nasib tetapi tidak berjaya. Dia yang bekerja sebagai penjual kain merupakan calon yang paling tua bertanding untuk pilihanraya kali ini.

Dia mengumpul wang hasil jualan kain dan bantuan RM 200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membayar wang pertaruhan yang berjumlah RM 10,000 dan juga RM 5000 untuk keperluan berkempen. tepuktangan


Meskipun usianya sudah lanjut tetapi nenek ini masih mampu mengayuh basikal di dalam usahanya untuk meraih undi. Penulis sendiri tidak mampu untuk berbuat sedemikian walaupun usia masih muda. Justeru, kecekalan nenek ini untuk memperjuangkan manifestonya sendiri perlu dijadikan tauladan.

Biar apa pun tohmahan negatif yang dilemparkan oleh masyarakat kepadanya, nenek Maimun teguh dengan pendiriannya untuk merebut kerusi parlimen. peace


“Ingat ya, undilah untuk anak kunci." Mungkin itulah ayat yang dilontarkan oleh nenek Maimun ketika melintasi kawasan orang ramai sewaktu berkempen.

Penulis berharap nenek Maimun terus maju jaya di dalam perjuangannya. Jika penulis mengundi di kawasan Kuala Terengganu, penulis akan mengundi parti anak kunci nenek Maimun sebagai memberi sokongan moral di atas keazamannya berusaha untuk bertanding. Opppssss! Undi adalah rahsia. kenyit

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.