Jun 30, 2008

Pengesan Karya Plagiat


Pernahkah hasil kerja anda diciplak secara keseluruhan oleh orang lain?? Sudahlah hasil kerja anda diterbitkan semula tanpa keizinan atau dikreditkan semula kepada anda, malah gambar² berkaitan juga turut diambil. Tentu saja anda melenting apabila hasil penat lelah anda menaip dan berfikir diplagiat sedemikian. Jangan risau wahai sahabat, anda boleh mengesan pencilok hasil karya anda dengan mudah. setan


Laman web Copyspace menawarkan khidmat perlindungan untuk hasil kerja anda. Setiap tulisan yang anda tulis akan diteliti satu persatu sekiranya ada persamaan dengan blog / laman web lain. Anda cuma perlu masukkan alamat blog / laman web anda dan mulakan proses mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab. Silalah berkunjung ke laman web tersebut untuk maklumat lanjut. Karya anda adalah hak anda. Lindungi karya anda dengan segera. v7

Jun 29, 2008

Perkakas Teks Pelbagai Fungsi


Gemar bermain dengan teks?? Anda teringin untuk menukar gaya penulisan anda yang biasa kepada karektor tertentu?? Misalnya membuatkan tulisannya dibaca terbalik, tulisan berbunga malah mengubah kesemua tulisan huruf besar kepada huruf kecil?? Anda tidak perlu gusar lagi kerana ada perkakas teks yang boleh anda gunakan untuk tujuan pengeditan teks tersebut. v7


Anda cuma perlu masuk ke laman web Textop.Us dan gunakan saja perkakas teks yang anda mahu. Menu untuk setiap perkakas teks yang anda ingin gunakan tersedia di sebelah kanan. Masukkan teks anda dan mulakan kerja² mengedit anda dengan segera. Terlalu banyak fungsi menunya jika ingin penulis ceritakan di sini, justeru ambil masa untuk anda melihat hasilnya sendiri. Anda pasti seronok menggunakannya. v7

Jun 27, 2008

Enjin Pencarian Untuk Ebook Dan PDF


Ebook dan Pdf merupakan antara format fail yang digemari oleh sesetengah orang. Penulis jarang menggunakannya kerana tidak punya banyak urusan dengan format fail sedemikian. Walaubagaimanapun, jika anda antara pengguna tegar Ebook dan Pdf, penulis punya sesuatu untuk dihadiahkan kepada anda. v7


Anda tidak perlu pening kepala lagi untuk mencari format fail sedemikian dari satu laman web ke laman web yang lain. Sebaliknya, anda cuma perlu masuk ke enjin pencarian khusus untuknya iaitu PDF Search Engine. Taip sahaja kata kunci untuk perkataan yang anda ingin cari dan dengan cepat, senarai Ebook dan Pdf akan disajikan kepada anda. v7

Jun 26, 2008

Cakna Anak Muda


Syabas dan tahniah penulis ucapkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang telah melancarkan Program Cakna Anak Muda. Penulis melihat program ini sebagai satu usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan di dalam memelihara maruah diri wanita. Sepatutnya, usaha sebegini dicontohi oleh negeri² lain di dalam proses mengurangkan maksiat di dalam negeri masing². Sekurang²nya ia sedikit sebanyak dapat membendung gejala tidak bermoral dari terus berleluasa meski pun ianya tidak dapat dihapuskan kesemuanya sekaligus. v7


Berikut adalah antara larangan yang telah digariskan oleh pihak berwajib agar diikuti oleh mereka yang disasarkan. Penulis berharap etika berpakaian ini disambut baik oleh semua wanita walaupun tidak tinggal di Kelantan. Penulis pun sedang berusaha untuk mengubah cara hidup dan cara berpakaian agar lebih bercirikan muslimah seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Doakan penulis. doa


Jun 21, 2008

Guru Dan Anak Didik


Muktamad!!! Keputusan untuk berhenti mengajar akhirnya terlaksana jua pada malam ini. Setelah penulis fikirkan masak² halatuju penulis selepas ini, hasrat untuk meletak jawatan sebagai guru penulis suarakan pada pemilik pusat Tuisyen Sukses iaitu Cikgu Hussin. Kelas terakhir penulis untuk Tahun 4 ialah pada hari Khamis manakala untuk Tahun 3 pula pada hari ini iaitu hari Sabtu. Terkujat anak² didik penulis apabila perkhabaran itu penulis beritahu mereka. v7


Kelas Tahun 4 penulis beritahu pada hari Rabu dan sewaktu mereka hadiri kelas pada hari Khamis, ada yang membawakan kad ucapan berserta hadiah untuk penulis. Ada juga pelajar yang mengirimkan sms memohon kemaafan di atas kesalahan mereka. Para pelajar terdiam sewaktu menulis mengatakan penulis akan berhenti mengajar. Ada riak sebak pada wajah mereka, tak kurang pula yang ingin tahu mengapa penulis berkeputusan sedemikian. v7

Sama juga halnya dengan kelas Tahun 3, ada yang tersekat² suaranya menahan sendu apabila penulis berkata bahawa selepas ini mereka akan mendapat guru baru bagi menggantikan penulis. Sewaktu satu persatu anak² didik perempuan penulis peluk, ada yang menitiskan airmata. Sungguh sayu hati penulis, lantas kolam mata penulis juga turut mengalirkan airmata. Erat benar pelukan mereka, seakan ingin memberitahu penulis bahawa mereka sayangkan penulis. v7

Di luar kelas pula, ada sekumpulan pelajar Tahun 4 yang ingin menemui penulis untuk mengambil gambar penulis. Sungguh terharu hati penulis. Rupanya² cikgu ini punya tempat yang istimewa di hati kamu. Ada pelajar yang duduk di ribaan penulis untuk mengambil gambar. Perlakuan manjanya itu mungkin kerana dia telah bergurukan penulis sejak tahun lepas. v7

Wahai anak² didikku, doa cikgu sentiasa mengiringi kamu. Mudah²an kamu bisa menjadi anak² soleh wal solehah. Cikgu sememangnya sayangkan kamu semua. Wajah² comel kamu akan cikgu abadikan di dalam hati. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita kekal selamanya. Semoga cikgu dan kamu dirahmati Allah jua. Amin. v7

Jun 19, 2008

Senaraikan Blog Di Google


Salah satu cara untuk meningkatkan jumlah penjunjung ke blog / laman web kita ialah dengan menyenaraikannya pada laman pencarian yang popular. Google dilabelkan antara laman pencarian yang sering digunapakai oleh orang ramai sewaktu mencari sesuatu informasi. Justeru, anda sangat disarankan untuk menyenaraikan blog / laman web anda di Google.

Caranya mudah sahaja. Anda cuma masuk ke laman web Google. Kemudian masukkan maklumat yang diperlukan. Setelah anda berpuas hati dengan semua maklumat yang anda tulis, terus sahaja tekan butang Add URL. Nah, sekarang blog anda sudah tersenarai di laman pencarian popular.

Jun 16, 2008

Kisah Sebuah Kehidupan


Hampir sebulan penulis bercuti dari kelas tuisyen. Semalam, penulis menghadiri kelas buat kali pertama selepas bonda tiada lagi di dunia ini. Anak² didik penulis sibuk bertanyakan penulis tentang ketidakhadiran penulis mengajar sebelum ini. Penulis cuma tersenyum hambar, tidak pasti jawapan yang perlu penulis jelaskan kepada mereka. Mampukah akal mereka yang masih cilik memahami erti kehilangan?? Mampukah mereka mengerti erti kasih sayang yang tiada penghujung?? v7


Setelah didesak oleh beberapa orang pelajar, barulah penulis membuka mulut menceritakan hal sebenar. Rentetan peristiwa itu penulis atur satu persatu sehingga lengkap menjadi sebuah cerita yang sempurna. Anak² didik penulis diam, sepatah pun tidak bersuara menghayati kisah duka seorang guru. Airmata penulis bergenang di pelupuk mata, mujurlah ia tidak tumpah di hadapan mereka. Di akhir kelas, penulis sempat berpesan kepada para pelajar agar menghargai ibu bapa mereka selagi masih ada hayat dikandung badan. Janganlah lokek untuk mengucapkan rasa kasih sayang kepada kedua ibu bapa yang dikasihi. v7

Jun 13, 2008

Dari Meja Pengarang


Mungkin ada pembaca yang tertanya² mengapa blog ini tidak dikemaskini sekerap dulu. Untuk pengetahuan rakan² pembaca yang sering mengunjungi teratak buruk penulis ini, rutin hidup penulis kini berubah sama sekali. Jika dulu, penulis punyai banyak ruang dan peluang untuk mencoret sesuatu di sini tetapi kini masa itu perlu penulis isi dengan pelbagai tugasan yang menanti untuk diselesaikan. Justeru, penulis mempunyai waktu yang sangat terhad untuk meneruskan nukilan di blog ini. v7


Tambahan pula, baru² ini penulis kurang sihat akibat tidak cukup tidur. Penulis bagai berada di awan²an dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidur dengan kadar yang cukup setiap hari. Penulis akur dengan saranan doktor. Jadi, blog ini mungkin lambat dikemaskini lantaran kesibukan penulis. Terima kasih diatas sokongan anda terhadap blog ini, tanpa pembaca seperti anda, blog ini hanyalah ilmu tanpa amal. Semoga kita semua terus dirahmati Allah, bahagia di dunia wal akhirat. InsyaAllah. doav7

Jun 8, 2008

Penghargaan Terima Kasih


Entri ini sebenarnya sudah lama ingin penulis nukilkan di blog ini tetapi memori syahdu yang terpahat di sebaliknya membuatkan penulis mengambil sedikit masa untuk memaparkan kepada umum. Entri kali ini khusus untuk memberi penghargaan kepada kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan juga makcik yang banyak berkorban untuk penulis dan ahli keluarga yang lain. v7


Penulis mewakili keluarga penulis ingin mengucapkan setinggi² penghargaan terima kasih kepada semua doktor, jururawat, jururawat pelatih, pengawal keselamatan dan juga tukang cuci di HTAA di atas layanan baik anda kepada keluarga penulis. Sejak arwah bonda dimasukkan ke Bed 1 wad Mawar 7C pada malam Sabtu, 17 Mei 2008, kami sekeluarga berkampung di HTAA sehinggalah bonda menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam Ahad, 25 Mei 2008.

Selama lebih kurang 10 hari berada di HTAA, kami 4 beranak bergilir² menjaga bonda bersama seorang ibu saudara iaitu Hajah Kamariah Binti Razali. Ibu saudara yang lebih mesra dipanggil Mama setia menemani kami dengan meninggalkan keluarganya sendiri di Kemaman. Sungguh luhur budi Mama, kami tidak mampu membalasnya, hanya ucapan terima kasih yang boleh kami ucapkan. Sesungguhnya, budi baik Mama akan kami kenang sepanjang hayat. Semoga Allah Taala melindungi Mama sepanjang masa.

Penghargaan ini juga penulis rakamkan untuk adik² jururawat pelatih yang menjaga bonda dengan sempurna. Terima kasih kepada adik Asiken, Aisyatun, Zakiah, Syaza, Akmal, Azfarina, Haliza, Nur Asmat dari Kolej Kejururawatan. Terima kasih juga untuk jururawat² pelatih dari Kolej Winfield iaitu adik Anna Gerunsin, Jennifer L, Khartini, Ruby B, Lorita Durie dan Nancy. Tidak lupa juga kepada semua jururawat² Wad Mawar 7C, malangnya mereka selalu terbalikkan tag nama mereka, jadi tidaklah penulis tahu nama² jururawat yang baik hati itu.

Kami menghargai ketekunan kalian menjaga bonda kami. Sesungguhnya kami tidak mampu untuk memberi imbuhan untuk jasa baik kalian, hanya ucapan terima kasih kami berikan. Kepada semua doktor² yang bersilih ganti memeriksa bonda penulis, terima kasih juga kami ucapkan. Semoga kalian sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua pesakit kalian.

Pengawal keselamatan yang sentiasa bertimbangrasa dengan kehadiran kami di koridor wad Mawar 7C, terima kasih kerana memahami kesulitan kami. Kami sanjung budi baik kalian. Mudah²an kalian sentiasa mengekalkan sikap perikemanusiaan pada ahli keluarga pesakit yang lain. Kalian semua memang best. v7

Jun 6, 2008

Selamat Ulang Tahun


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat adinda kesayangan. Meskipun, hari lahirnya pada tahun ini agak suram tidak seperti tahun² sebelumnya, penulis tetap berharap agar adinda penulis melaluinya dengan tabah. Penulis yakin adinda penulis kental jati dirinya untuk melalui detik² sukar ini. Penulis sentiasa disisi adinda walau dalam apa jua keadaan sekali pun. v7


Semoga adindaku sentiasa dilindungi Allah, murah rezeki, dipanjangkan usia dan bahagia di dunia dan akhirat. Kakak sayang kamu dulu, kini dan selamanya. Mudah²an ikatan kekeluargaan antara kita terjalin utuh walaupun kita sudah tiada ibu lagi. Jadikan kasih sayang ibu sebagai contoh terbaik untuk kita praktikkan di dalam kehidupan seterusnya. Selamat hari lahir adindaku yang dikasihi. v7

Jun 5, 2008

Warkah Untuk Perdana Menteri


Harga petrol naik lagi, ianya menjadi perbualan hangat setiap warganegara Malaysia baik di tempat kerja mahu pun di kedai kopi. Semalam, bermula dari penyebaran kenaikan harga petrol melalui sms, jutaan rakyat termasuk penulis sendiri menyerang stesen minyak di seluruh negara untuk mendapatkan petrol pada kadar lama iaitu RM 1.92 seliter sebelum berubah kepada RM 2.70 seliter setelah harganya dinaikkan sebanyak RM 0.78 untuk seliter. Satu kadar kenaikan yang agak tinggi pada pandangan penulis. v7


Pernahkah anda terfikir untuk memprotes kenaikan ini secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi?? Jangan gusar, kini anda boleh menulis warkah untuk Perdana Menteri secara maya dan jika anda bernasib baik, anda akan mendapat respon daripada beliau. Jadi, tunggu apa lagi?? Segeralah menulis ketidakpuasan hati anda terhadap apa jua isu untuk tindakan lanjut Perdana Menteri di Warkah Untuk PM. Selamat menulis. v7

Jun 3, 2008

Usai Sudah


Aakhirnya urusan untuk mendaftarkan kematian bonda usai pada hari ini setelah berlaku sedikit kekeliruan sebelum ini. Beberapa hari lalu penulis dan keluarga ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kemaman untuk mendaftarkan kematian bonda, malangnya kami dimaklumkan bahawa kami perlu ke JPN Kuantan kerana arwah bonda meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Justeru, semalam kami ke JPN Kuantan yang terletak di Bandar Indera Mahkota untuk tujuan tersebut. Selesai sahaja urusan di JPN Kuantan, kami terus pulang ke rumah. Perjalanan yang lama ke Kuantan hanya untuk penyerahan borang sedangkan pengendaliannya cuma 15 minit sahaja. Kami disuruh ke JPN Kemaman semula untuk menyerahkan borang yang telah siap diisi. v7


Penulis agak kesal dengan apa yang berlaku ini. Sepatutnya pihak berwajib memaklumkan kepada kami terlebih dahulu tempat sepatutnya pendaftaran itu dibuat, maka tidaklah kami terpaksa pergi beberapa kali ke JPN Kemaman / JPN Kuantan. Penulis mungkin akan dikompaun kerana kelewatan mendaftarkan kematian bonda walhal ianya berlaku kerana kekeliruan yang tidak disengajakan. Kami perlu melampirkan bersama surat akuan sumpah dan surat tunjuk sebab di atas kelewatan mendaftarkan kematian tersebut. Seterusnya, kami perlu menunggu selama tiga bulan untuk mendapatkan sijil kematian arwah bonda. Jadikan kes ini satu pengajaran buat kita semua. v7

Jun 2, 2008

Lawak Antarabangsa II


Satu lagi karya kartun animasi flash ciptaan Encik Papan berjaya penulis paparkan di blog ini. Kali ini ceritanya berkisar tentang Umar dan Vespa pula. Penulis paparkan karya ini sekadar untuk santapan santai anda semua. Semoga anda terhibur hendaknya. rindu


Sila lawati laman web Encik Papan untuk mengetahui tentang kartun nukilannya. menari

Jun 1, 2008

Lawak Antarabangsa


Kartunis popular lagik glamour iaitu Encik Papan telah mencipta kartun beranimasikan flash untuk peminat watak kartunnya. Justeru, penulis berminat untuk meletakkannya pula di blog ini sebagai santapan santai para pembaca. Sejujurnya, penulis belum mempunyai sebarang idea untuk ditulis di dalam blog ini. Nantikan saja kemunculan entri terbaru penulis di lain masa. xpasti


Anda boleh melawati laman web Papan untuk mengambil kartun flash Pakcik Kordi dan lembunya ini. Akhir kata, senyum sokmo. senyum