Sep 26, 2008

Salam Aidilfitri 1429 H


Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Ramadhan akan berlalu pergi dan Syawal menjelma tiba. Seperti kelaziman yang sering dilakukan oleh setiap insan, bermaafan antara satu sama lain menjadi kemestian. Justeru, di kesempatan ini, penulis menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada rakan² sekalian di atas segala kekhilafan penulis samada disedari atau tidak disengajakan.


Tidak kiralah penulis mengenali anda melalui blog, forum, yahoo messenger, internet relay chat, sms dan lain² medium yang membolehkan kita berhubung antara satu sama lain. Gurauan penulis sepanjang berkenalan dengan kalian mungkin ada yang mengguris hati meskipun kadangkala tidak terniat untuk menyakiti hati sesiapa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri penulis ucapkan buat semua pembaca blog ini yang beragama Islam. Maaf zahir dan batin tulus ikhlas dari hati penulis. Terima kasih di atas sokongan kalian terhadap blog ini. Tanpa kalian, blog ini umpama kelas tiada pelajar. Berhati² di dalam perjalanan ke destinasi pilihan. Semoga berbahagia bersama insan tersayang di pagi Syawal. Jangan lupa menziarahi pusara kaum keluarga yang telah tiada, sedekahkanlah al fatihah sebagai tanda kasih yang berpanjangan buat mereka.

Para sahabat, jika tidak keberatan, marilah sedekahkan Al-fatihah buat arwah bonda penulis iaitu Hajah Zaliha Binti Zaharah. Kali pertama beraya tanpa bonda, tidak dapat penulis gambarkan perasaan sayu menjelang hari itu. Al-fatihah.

Sep 24, 2008

Zakat Fitrah


Zakat fitrah adalah rukun islam kelima. Zakat fitrah ditunaikan oleh umat Islam pada setiap kali Ramadhan menjelma. Sudahkah para sahabat sekalian menunaikan zakat fitrah masing²?? Bagi lelaki yang menjadi ketua keluarga, jangan lupa mengira jumlah ahli keluarga anda dengan betul sebelum pergi ke kaunter bayaran zakat. Jangan sampai ada ahli keluarga yang tertinggal, nanti kena pergi bayar semula.


Bagi orang bujang macam penulis, jangan segan dan malu untuk pergi menunaikan ibadah zakat pada amil bertauliah di sekitar anda. Pada rakan² sekalian, selamat berzakat fitrah. Zakat fitrah membawa berkat. Semoga kalian semua beroleh rahmat.

Sep 23, 2008

Koleksi Kad Raya







Puan Wan Fadhilah dari Dungun, Terengganu telah menghadiahkan kad raya yang menarik buat penulis. Jutaan terima kasih diucapkan kepadanya kerana sudi memberikan kad raya ini. Jarak antara Kemaman dan Dungun tidaklah jauh mana tetapi belum berkesempatan bertemu mata. Semoga suatu hari nanti, penulis dapat bertemu dengan tuan empunya kad raya ini. Selain itu, penulis juga menerima kad raya daripada Sukiprattle, Ladydiera, Jackster, Neoryzer, Jitegha, Mari Merepek, Nrina, Neslo, Nasikerabupetro, Cybernetics Mind, Kreuger, Along Arman dan Sueella. Oleh kerana penulis masih menerima kad raya daripada rakan², maka penulis akan mengemaskini dengan meletakkannya di sini sebagai koleksi.


Terima kasih buat semua sahabat yang sudi mengingati diri ini. Semoga ukhwah sesama kita terjalin utuh.

Sep 22, 2008

Kad Raya Dan Tag


Kad raya keempat ini datangnya dari Sukelayan. Kreatif betul budak ini buat kad raya. Terima kasih diucapkan di atas ingatan tulus ingatan Sukelayan kepada penulis. Lain kali bagilah lagi. Di kesempatan ini juga, penulis ingin menjawab tag yang telah dikenakan kepada penulis.


1) MY TOP 10 MOST FAVOURITE FOOD
- Masakan arwah Umi
- Masakan Bapak
- Mee Kari
- Nasi Ayam
- Kuey Teow
- Nasi Minyak
- Mee Rebus
- Ayam Goreng
- Nasi Beriani
- Sate

2) 10 thing i luv doing
- Membaca
- Menulis
- Mengajar
- Memandu
- Membungkus
- Memasak
- Membasuh
- Menjual
- Mengira
- Melayari internet

3) 5 types of gurl I adore (guy laa kot)
- Beriman
- Bertanggungjawab
- Berbudi bahasa
- Bertimbang rasa
- Bekerja

4) 5 things I luv doing when i'm emo
- Berdiam diri
- Buat kerja
- Bersiar-siar
- Bersendirian
- Berbaring

5) 5 thing i luv doing when i'm happy
- Mengukir senyuman
- Mengusik keluarga
- Menonton drama
- Mendengar muzik
- Membaca novel

6) 10 ways to win myheart
- Mentaati Allah
- Mengamalkan sunnah
- Menyukai
- Menyintai
- Menyayangi
- Mengasihi
- Merindui
- Menghormati
- Menghargai
- Membantu

7) My top 5 most fvrt junk foods
- Twisties
- Mentos
- Lot 10
- Nano Nano
- Kacang

8) 5 things i wish it could happen
- Berkenalan
- Bertunang
- Berkahwin
- Berbulan madu
- Beranak

9) 10 ridiculous things i wish to do b4 die
- Makan malam dengan Richie Ren
- Membeli-belah dengan Leon Lai
- Membonceng motorsikal dengan Takeshi Kaneshiro
- Memandu kereta F1 dengan Jimmy Lin
- Melancong dengan Mike He
- Belayar dengan Nicholas Tze
- Berbasikal dengan Aaron Kwok
- Bersiar-siar dengan Huang Xiao Ming
- Berjalan tepi pantai dengan Louis Koo
- Beriadah dengan Alec Su

10) My top-10 recently mosy addicted songs
- I'm Yours - Jason Mraz
- 11 Januari - Gigi
- Aku Bukan Untukmu - Sultan
- Hanya Ingin Kau Tahu - Repvblik
- Matahariku - Agnes Monica
- Shang Xing Tai Ping Yang - Richie Ren
- Everybody Has A Dream - Vivian Lai
- My Heart Will Go On - Celine Dion
- Have I Told You Lately That I Love You - Rod Stewart
- A Puro Dolor - Son By Four

Penat jari menjawab taggie kali ini. Semoga pihak yang mengetag berpuas hati dengan jawapan penulis.

Sep 21, 2008

Laksa Terengganu


Buat pertama kalinya di dalam hidup ini, penulis membuat Laksa Terengganu. Keinginan untuk mencuba resipi ini kerana ia adalah antara makanan kegemaran ayahanda. Alhamdulillah, percubaan pertama penulis tidak menghampakan. Ayahanda tersenyum meleret apabila melihat juadah berbuka puasa semalam ialah Laksa Terengganu atau lebih dikenali sebagai Laksa Kuah Mentah / Laksa Kuah Putih.


ulam

Sekiranya anda mahu mencuba menu ini, bolehlah mencuba resipi yang akan penulis kongsi di sini.

Bahan²

Sebungkus laksa

Bahan² Untuk Kuah

Sebiji santan kelapa
6 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah
Lada hitam
Limau nipis
Air panas
Cili api
Garam

Bahan² Untuk Ulam Dan Tambahan

Timun
Taugeh
Kacang panjang
Cili kering (kisar)
Belacan

Cara² Membuatnya

Rebus air sehingga mendidih.
Tutup api dan masukkan laksa.
Biar laksa kembang selama 30 hingga 45 minit.
Kemudian toskan.

Kukus ikan selayang dan asingkan isi dengan tulang.
Kisar bawang merah bersama lada hitam.
Kemudian, kisar pula ikan selayang tadi.
Jangan gunakan air, sebaliknya gunakan santan untuk mengisar bawang merah, lada hitam dan ikan selayang.
Masukkan kesemua bahan kisar tadi ke dalam santan.
Tambah sedikit air panas ke dalam santan.
Selepas itu, masukkan garam.
Akhir sekali perah sedikit limau nipis.
Letak beberapa biji cili api untuk mengelakkan kuah cepat basi.

Hiris timun, taugeh dan kacang panjang halus².

Sewaktu hendak makan, masukkan cili kering, belacan dan garam jika kurang masin.


Resipi ini adalah warisan nenek moyang penulis dan penulis pelajarinya pula dari ibu saudara penulis. Selamat mencuba. Semoga berjaya.

Kad Dan Duit Raya


Cik Cikin yang manis telah memberikan ang pau hari raya buat penulis. Bukan sedikit duit raya yang diberikan tetapi berjumlah RM 100. Alangkah bagusnya kalau not tersebut adalah wang yang sebenar, boleh penulis pergi membeli-belah di pasaraya yang berhampiran. Apakan daya, cuma wang kertas siber saja. Cikin, raya tahun depan bagi wang betul tau.



Seterusnya kad hari raya yang ketiga. Diterima daripada Encik Kamezaim. Ada ciri² ketenteraan pada kad raya ini. Agaknya tuan punya kad tersebut ada kaitan dengan tentera. Terima kasih Kamezaim.

Sep 20, 2008

Kad Raya


Dapat kad raya lagi. Kali ini diberi pula oleh si comel AliyaAnnuar dan Kelapa Nyor. Penulis sangat berbesar hati untuk menerima kad raya dari rakan² siber. Walaupun perkenalan baru bermula, namun ukhwah terus terjalin. Semoga persahabatan ini akan berkekalan meski pun cuma bersua di alam siber.



Terima kasih kepada AliyaAnnuar dan Kelapa Nyor di atas kad raya yang cantik ini. Jika ada sahabat² lain yang teringin memberikan kad raya kepada penulis, anda sangat dialu²kan.

Sep 19, 2008

Kad Raya Dan Poem


Kad raya siber yang pertama telah penulis terima daripada Cekyot. Bergaya sakan Cekyot melaram di dalam kad raya tersebut. Sungguh menarik kad raya hasil kreativiti gadis cantik ini. Malangnya kad ini diberi dengan syarat iaitu perlu menjawab soalan² tag yang disediakan. Kalau diberi percuma tanpa syarat lagi bagus. Jangan marah cik adik manis.


Berikut ialah soalan² yang telah diajukan kepada penulis.

1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Sepasang sahaja, ianya berwarna coklat berbunga kuning.

2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Nasi himpit sambal ikan.

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
Tat Nenas

4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Tak dapat duit raya. Bagi kat bebudak sekadar termampu saja.

5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Siapkan bahan² untuk dijadikan juadah keesokan harinya.

Ini pula poem yang diberi oleh Cekyot. Terima kasih sahabat.

Poem Of Friendship


We need friends for many reasons,all throughout the season.We need friends to comfort us when we are sad, and to have fun with us when we are glad.We need friends to give us good advice,We need someone we can count on, and treat us nice.We need friends to remember us once we have passed, sharing memories that will always last

Spread the poem of friendship....

20.iurf..life must go on..

Penulis berikan poem ini kepada sesiapa saja yang sudi untuk menjawabnya. Silakan.

Sebalik

Kredit Untuk Gambar : Rose and Briar

Di dalam perencanaan hidup, terlalu banyak kejutan yang berlaku. Ada masanya sesuatu yang hadir secara tiba² boleh membuatkan seseorang gembira, namun ada ketikanya ia mengundang nestapa. Sesetengah orang dilahirkan kaya tetapi hidupnya tidak bahagia, ada yang lain pula walaupun dihimpit kemiskinan tetapi sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Di sebalik sesuatu yang kita miliki, ada pula benda lain yang lebih mahu kita kecapi.


Sebalik melihat, aku ingin mengkaji
Sebalik menerima, aku ingin memberi
Sebalik membenci, aku ingin menyintai
Sebalik melupakan, aku ingin merindui
Sebalik mengasari, aku ingin membelai
Sebalik melepaskan, aku ingin memiliki
Sebalik menyendiri, aku ingin menemani
Sebalik mengenali, aku ingin mengingati
Sebalik merahsiakan, aku ingin meluahkan
Sebalik menamatkan, aku ingin memulakan.

Penulis masih meneruskan pencarian. Mencari dan terus mencari. Sampai bilakah pencarian ini akan berakhir, tidak dapat pula penulis berikan jawapan. Penulis cuma berharap agar pencarian ini akan bernoktah suatu masa nanti. Doakan penulis.

Sep 18, 2008

Contents

Senarai topik² blog ini sepanjang Eriyza menulis blog.
Selamat membaca. Semoga ia bermanfaat.


Sep 17, 2008

Kali Pertama


Tugasan taggie menanti penulis. Sudah lama benar rasanya tidak ditag oleh sesiapa. Mungkin juga penulis terlepas pandang pada sesiapa yang memberikan tag pada penulis. Justeru, maaf jua dipohon jika hal sedemikian berlaku. Tag kali ini diberi oleh AliyaAnnuar. Mari kita lihat soalan² mencabar minda yang diajukan.


Semua soalan berkenaan dengan kali pertama.

1) 1st time naik kapal terbang
Belum pernah naik lagi. Doa dan harapan dapat naik kapal terbang sewaktu pergi ke Mekah suatu hari nanti. InsyaAllah.

2) 1st time beranak
Belum pernah melaluinya lagi. Suatu hari nanti. InsyaAllah.

3) 1st time gi overseas
Sewaktu berusia 7 tahun, pergi ke Singapura.

4) 1st time duduk jauh daripada family
Belum pernah terjadi.

5) 1st time kerja...
Guru ganti di Sekolah Kebangsaan Kampung Air selepas tamat Tingkatan 6. Kini, sekolah itu sudah bertukar nama sebagai Sekolah Kebangsaan Seri Iman.

6) 1st time rasa diri gemuk..
Sejak bayi.

7) 1st time bercinta?
Sewaktu mengenali seseorang yang sangat baik budi pekerti.

8) 1st time rasa diri cantik??
Bersyukur dengan apa yang ada.

9) 1st time masuk cinema
Panggung wayang?? Bukan kawasan permainan saya.

10) 1st time admitted in hospital
Tahun 2002.

11) pilihan hati.....
Sesiapa sahaja yang teringin menjawab tag ini. Silakan.

Sep 16, 2008

Membuat Baca Selanjutnya


Seorang pengunjung blog ini iaitu Neoryzer telah meninggalkan soalan di bahagian komen iaitu tentang penggunaan paparan penuh dan paparan ringkas di dalam blog ini. Dalam erti kata lain, ianya dipanggil sebagai menu baca selanjutnya. Sebagai contoh, menu paparan penuh di dalam blog ini tidak memerlukan pengunjung menunggu untuk membaca cerita penuh kerana ia dibuka di dalam mukasurat yang sama. Ada sesetengah menu tersebut dibuka di dalam muka surat baru.


Berikut ialah cara²nya :-
  • Login.
  • Pilih Layout - Edit HTML (Tanda kotak Expand Widget).
  • Download Full Template sebelum mengedit blog.
  • Cari </head> dan letakkan kod ini sebelumnya.

<script src='http://ladyqistina.googlepages.com/bacaselanjutnya.js' type='text/javascript'/>

  • Cari kod di bawah ini.

<b:includable id='post' var='post'>

  • Tambahkan kod seperti di bawah. Hanya tambahkan kod yang berwana merah.

<b:includable id='post' var='post'>
<div class='post uncustomized-post-template' expr:id='"post-" + data:post.id'>
<a expr:name='data:post.id'/>
<b:if cond='data:post.title'>
<h3 class='post-title'>
<b:if cond='data:post.url'>
<a expr:href='data:post.url'><data:post.title/></a>
<b:else/>
<data:post.title/>
</b:if>
</h3>
</b:if>

<div class='post-header-line-1'/>

<div class='post-body'>

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<p><data:post.body/></p>

<b:else/>
<style>#fullpost {display:none;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<span id='showlink'>
<p><a href='javascript:void(0);' expr:onclick='"javascript:showFull(\"post-" + data:post.id + "\");"'>Selanjutnya...</a></p>
</span>
<span id='hidelink' style='display:none'>
<p><a href='javascript:void(0);' expr:onclick='"javascript:hideFull(\"post-" + data:post.id + "\");"'>Ringkasan...</a></p>
</span>
<script type='text/javascript'>
checkFull("post-" + "<data:post.id/>");
</script>
</b:if>

<div style='clear: both;'/> <!-- clear for photos floats -->
</div>

  • Save template.
  • Sekarang pergi pula ke Settings - Formatting.
  • Masukkan kod di bawah ini ke dalam Post Template.

Type your summary here
<span id="fullpost">
Type your summary here
</span>

  • Save settings.
Untuk mencuba samada ia berfungsi atau tidak, anda mulakan topik baru dan lihat adakah kod yang sama seperti di atas tertera di dalam kotak. Cara untuk memulakan penulisan adalah seperti berikut :-

Type your summary here = Taip di sini untuk bahagian paparan ringkas.
<span id="fullpost">
Type your summary here = Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.
</span>


Selamat mencuba. Semoga sukses.

Sumber : Blog Menjerit

Sep 15, 2008

Anugerah Dari Neslo Dan Nrina

Award Dari Neslo
Penulis dapat anugerah lagi. Kali ini diberi pula Neslo dan Nrina, rakan bloggers yang baru penulis kenali. Terima kasih kepada mereka kerana sudi menghadiahi anugerah ini untuk penulis. Cuma, penulis kurang paham motif anugerah pemberian Neslo ini kerana ia seperti menyuruh kita menyelamatkan Orang Utan agar tidak pupus.





Ini pula anugerah yang diberikan oleh Nrina. Penulis gembira kerana diberi anugerah yang comel ini. Walauapapun, terima kasih kepada mereka berdua kerana mengingati penulis dengan memberikan anugerah² ini.

Sep 14, 2008

Tambah Folder Pada Menu Send To


Adakah anda seorang yang gemar mengasingkan fail² yang berada di dalam My Documents komputer anda?? Misalnya gambar untuk blog anda letakkan di Folder Photo, dokumen pejabat pula di dalam Folder Office dan sebaliknya. Kadangkala apabila anda memuatturun sebarang fail dari internet, ianya akan disimpan di dalam My Documents. Justeru, anda perlu copy dan paste pula ke folder yang khusus.


Apa kata kalau kita gunakan pendekatan yang lebih mudah untuk mengalih sebarang fail ke folder yang telah dikhaskan?? Penulis mahu mengajar anda cara untuk menambah folder baru di dalam arahan klik kanan Send To. Ianya lebih memudahkan untuk anda mengalih fail tanpa perlu membuka dua folder yang berlainan.

Berikut ialah cara²nya :-
  • Buka My Computer - Local Disk (C) - Documents and Settings - Username ( Contoh folder penulis ialah :- C:\Documents and Settings\Eriyza Qistina )
  • Cari folder Send To.
  • Klik pada folder tersebut.
  • Klik kanan dan create New - Folder dan tulis nama yang bersesuaian.
  • Siap.
Kini, menu Send To anda telah dilengkapi dengan satu lagi folder baru. Anda cuma perlu klik kanan pada mana² fail yang anda ingin pindahkan dan guna saja menu Send To. Selamat mencuba. Semoga berhasil.

Sep 13, 2008

Alahai Ida Nerina


Siri penjelajahan The Amazing Race Asia (TARA) musim ketiga kembali lagi ke kaca tv. Rancangan ini disiarkan menerusi channel Astro AXN 701 pukul 9 malam setiap Khamis. TARA kali ini disertai oleh 10 kumpulan dan antara kumpulan tersebut ialah pasangan Ida Nerina dan Tania Khan.



Kredit Untuk Kelapa Nyor Atas Video Ini.

Penulis tidak mahu bercerita tentang kumpulan² lain yang menyertai TARA tetapi hanya ingin menyentuh sedikit mengenai aktres Ida Nerina yang terlibat di dalam program tersebut. Episod satu 11 September lalu, penulis menonton TARA, antara tugasan yang perlu disiapkan oleh setiap peserta ialah makan semangkuk makanan eksotik negara Thai. Antara bahan² di dalam hidangan tersebut ialah kala jengking, katak, berengga dan lain².

Mahu atau tidak, Ida Nerina telah menghabiskan makanan tersebut bersama rakannya. Penulis rasa pada masa itu, dia langsung tidak sempat berfikir samada makanan itu halal atau haram, yang penting tugasan perlu diselesaikan. Nampaknya TARA tidak peka dengan kehadiran seorang muslim di dalam program kali ini. Justeru, orang Islam perlu fikir banyak kali untuk menyertai program antarabangsa. Kalau nak masuk juga, pilihlah Explorace Malaysia.

Sep 12, 2008

Tab View Untuk Pautan Blog


Rakan bloggers iaitu AliyaAnnuar telah meninggalkan soalan di kotak jeritan iaitu tentang kotak pautan penulis yang memaparkan senarai blog / laman web sahabat² yang lain. Justeru, topik kali ini akan mengajar cara² untuk memasukkan kotak tersebut ke dalam blog.


Berikut ialah cara²nya.
  • Login.
  • Pilih Layout - Edit HTML.
  • Download Full Template sebelum mengedit blog.
  • Cari </head> dan letakkan kod ini sebelumnya.

<script src='http://ladyqistina.googlepages.com/tabview.js' type='text/javascript'/>

  • Kemudian, cari pula ]]></b:skin> dan letakkan kod dibawah ini sebelumnya.

/* Awal TAB VIEW 1*/
div.TabView div.Tabs
{
overflow: hidden;
}
div.TabView div.Tabs a
{
background: #eeeeee ;
background-repeat: no-repeat;
float: left;
display: block;
width: 18px; /* Lebar Menu Utama Atas */
text-align: center;
height: 18px; /* Tinggi Menu Utama Atas */
padding-top: 0px;
vertical-align: middle;
border: 1px solid #999999;
margin-top: 2px;
margin-left: 3px;
margin-right: 3px;
border-bottom: 1px solid #999999;
border-bottom-width: 1px;
text-decoration: none;
font-family: "Times New Roman", Serif; /* Font Menu Utama Atas */
font-weight: 900;
color: #fff; /* Warna Font Menu Utama Atas */
}
div.TabView div.Tabs a:hover, div.TabView div.Tabs a.Active
{
background-color: #FFFFFF; /* Warna background Menu Utama Atas */
background: #FFFF00; /* Warna Background Mouse Hover */
background-repeat: no-repeat;
}
div.TabView div.Pages
{
clear: both;
margin-top: 5px;
padding: 4px;
border: 4px double #999999; /* Warna border Kotak Utama */
overflow: hidden;
background-color: #FFFFFF; /* Warna background Kotak Utama */
}
div.TabView div.Pages div.Page
{
height: 100%;
padding: 0px;
overflow: hidden;
}
div.TabView div.Pages div.Page div.Pad
{
padding: 1px 1px;
}
/* Akhir TAB VIEW 1*/

  • Save template.
  • Akhir sekali, pergi ke Layout - Page Element - Add a Gadjet - HTML / Javascript. Tampal semua kod A - Z dibawah ini ke dalamnya.

<left> <table border="0"><tbody>
<tr><td><form action="tabview.html" method="get"><div id="TabView" class="TabView"><div style="width: 335px;" class="Tabs"><a href=""><font color="#666666"><b>A</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>B</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>C</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>D</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>E</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>F</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>G</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>H</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>I</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>J</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>K</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>L</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>M</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>N</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>O</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>P</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>Q</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>R</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>S</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>T</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>U</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>V</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>W</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>X</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>Y</b></font></a> <a href=""><font color="#666666"><b>Z</b></font></a>

</div><div style="width: 300px; height: 100px;" class="Pages"><div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">A</a> <a href="#">A</a> <a href="#">A</a> <a href="#">A</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">B</a> <a href="#">B</a> <a href="#">B</a> <a href="#">B</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">C</a> <a href="#">C</a> <a href="#">C</a> <a href="#">C</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">D</a> <a href="#">D</a> <a href="#">D</a> <a href="#">D</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">E</a> <a href="#">E</a> <a href="#">E</a> <a href="#">E</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">F</a> <a href="#">F</a> <a href="#">F</a> <a href="#">F</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">G</a> <a href="#">G</a> <a href="#">G</a> <a href="#">G</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">H</a> <a href="#">H</a> <a href="#">H</a> <a href="#">H</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">I</a> <a href="#">I</a> <a href="#">I</a> <a href="#">I</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">J</a> <a href="#">J</a> <a href="#">J</a> <a href="#">J</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">K</a> <a href="#">K</a> <a href="#">K</a> <a href="#">K</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">L</a> <a href="#">L</a> <a href="#">L</a> <a href="#">L</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">M</a> <a href="#">M</a> <a href="#">M</a> <a href="#">M</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">N</a> <a href="#">N</a> <a href="#">N</a> <a href="#">N</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">O</a> <a href="#">O</a> <a href="#">O</a> <a href="#">O</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><a href="#">P</a> <a href="#">P</a> <a href="#">P</a> <a href="#">P</a> </div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">Q</a> <a href="#">Q</a> <a href="#">Q</a> <a href="#">Q</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><a href="#">R</a> <a href="#">R</a> <a href="#">R</a> <a href="#">R</a> </div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">S</a> <a href="#">S</a> <a href="#">S</a> <a href="#">S</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">T</a> <a href="#">T</a> <a href="#">T</a> <a href="#">T</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">U</a> <a href="#">U</a> <a href="#">U</a> <a href="#">U</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">V</a> <a href="#">V</a> <a href="#">V</a> <a href="#">V</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">W</a> <a href="#">W</a> <a href="#">W</a> <a href="#">W</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="#">X</a> <a href="#">X</a> <a href="#">X</a> <a href="#">X</a> </table></div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><a href="#">Y</a> <a href="#">Y</a> <a href="#">Y</a> <a href="#">Y</a> </div></div>

<div class="Page"><div class="Pad"><a href="#">Z</a> <a href="#">Z</a> <a href="#">Z</a> <a href="#">Z</a> </div></div>

<script type="text/javascript">
tabview_initialize('TabView');
</script> </div></div></form></td></tr>
</tbody></table></left>


Contoh untuk mengisi senarai blog /laman web adalah seperti berikut :-

<div class="Page"><div class="Pad"><table border="0"><a href="http://eriyzaqistina.tk/">Eriyza</a> <a href="#">E</a> <a href="#">E</a> <a href="#">E</a> </table></div></div>

Tanda # ditukar dengan alamat blog = http://eriyzaqistina.tk/
Abjad E pula ditukar dengan nama pemilik blog = Eriyza


Antara bahagian yang boleh diubahsuai ialah :-
Warna latarbelakang, tulisan, kotak = #66666, #FFFFFF dan lain².
Saiz width (lebar) dan height (tinggi) juga boleh ditukar.

Selamat mencuba. Semoga berhasil.

Sumber : Ien

Sep 10, 2008

Blogumus : Label Flash Beranimasi


Contoh Blogumus Amanda Fazani

Merujuk pada pertanyaan Naae di shoutbox, dia ingin mengetahui bagaimana cara untuk membuat menu kategori / label awan yang berbentuk flash beranimasi. Maka, penulis akan memberitahu cara² untuk memasukkan widget ini ke dalam blog. Caranya mudah saja.


Berikut ialah cara²nya :-
  • Login.
  • Masuk ke Layout - Edit HTML.
  • Download Full Template sebelum mengedit blog.
  • Kemudian, cari kod di bawah ini.

<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>

  • Tambahkan kod ini pula di bawah kod tadi.

<b:widget id='Label99' locked='false' title='Labels' type='Label'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:title'>
<h2><data:title/></h2>
</b:if>
<div class='widget-content'>
<script src='http://halotemplates.s3.amazonaws.com/wp-cumulus-example/swfobject.js' type='text/javascript'/>
<div id='flashcontent'>Blogumulus by <a href='http://www.roytanck.com/'>Roy Tanck</a> and <a href='http://www.bloggerbuster.com'>Amanda Fazani</a></div>
<script type='text/javascript'>
var so = new SWFObject(&quot;http://halotemplates.s3.amazonaws.com/wp-cumulus-example/tagcloud.swf&quot;, &quot;tagcloud&quot;, &quot;240&quot;, &quot;300&quot;, &quot;7&quot;, &quot;#ffffff&quot;);
// uncomment next line to enable transparency
//so.addParam(&quot;wmode&quot;, &quot;transparent&quot;);
so.addVariable(&quot;tcolor&quot;, &quot;0x333333&quot;);
so.addVariable(&quot;mode&quot;, &quot;tags&quot;);
so.addVariable(&quot;distr&quot;, &quot;true&quot;);
so.addVariable(&quot;tspeed&quot;, &quot;100&quot;);
so.addVariable(&quot;tagcloud&quot;, &quot;<tags><b:loop values='data:labels' var='label'><a expr:href='data:label.url' style='12'><data:label.name/></a></b:loop></tags>&quot;);
so.addParam(&quot;allowScriptAccess&quot;, &quot;always&quot;);
so.write(&quot;flashcontent&quot;);
</script>
<b:include name='quickedit'/>
</div>
</b:includable>
</b:widget>

  • Preview dan Save Template.
Antara bahagian yang boleh diubahsuai ialah :-

240 = saiz lebar
300 = saiz tinggi
ffffff = warna latarbelakang
333333 = warna tulisan
12 = saiz tulisan


Selamat mencuba. Semoga sukses.

Sumber : Ien

Sep 9, 2008

UPSR 2008


Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR bermula hari ini sehingga 11 September ini. Tiga orang anak buah penulis menduduki peperiksaan ini serentak. Penulis kira kesemua mereka berpotensi untuk mendapat keputusan yang bagus nanti. Justeru, selamat menjalani peperiksaan UPSR kepada mereka bertiga. cium


Penulis mendoakan agar mereka dapat menjawab soalan dengan tepat. Semoga segala²nya dipermudahkan Allah Taala. Selamat maju jaya. doa

Sep 8, 2008

Puding Gula Hangus


Hari ini penulis terasa hendak membuat kuih. Jadi, dengan rajinnya penulis telah membuat Puding Gula Hangus atau dikenali juga sebagai Puding Caramel. Penulis menggunakan resipi paling mudah yang penulis perolehi dari laman web Myresipi. Justeru, penulis ingin berkongsi pula resipi yang telah penulis bikin petang tadi.


Bahan²

2 Sudu gula
4 Biji telur
10 Sudu susu pekat manis
1/2 Cawan air

Cara²

Panaskan 2 sudu gula di dalam loyang sehingga berwarna perang.
Pastikan gula itu memenuhi ruang loyang. Biarkan sejuk seketika.
Pukul telur bersama susu pekat manis dan air.
Kemudian masukkan ke dalam loyang berisi gula perang tadi.
Kukus selama 30 hingga 45 minit.

Mudah saja resipi ini. Penulis anggarkan resipi ini untuk tiga orang makan. Jika anda punya ahli keluarga yang besar, maka bolehlah ditambah bahan² resipi mengikut kesesuaian.

Kredit Untuk Gambar : AkuHJ

Update pada 20 September 2008.

Sep 7, 2008

Kuih Tradisional Ati Sokme


Selepas membayar bil² petang tadi, penulis singgah di Bazar Ramadhan. Ini kali kedua penulis ke Bazar Ramadhan tersebut. Penulis sebenarnya tidak berniat untuk pergi ke sana tetapi kebetulan sewaktu penulis melalui kawasan tersebut, ada lot parking kosong seolah² ianya khusus buat penulis. Sewaktu berlegar² mencari kuih, penulis terpandang kuih tradisional Terengganu yang sememangnya sukar untuk ditemui.


Kuih yang penulis maksudkan itu ialah ati sokme. Penulis tidak tahu nama khas untuk kuih tersebut tetapi lazimnya kami menamakannya sebagai ati sokme. Ia berwarna hijau dan diperbuat daripada ubi setele (keledek). Wah, rasanya cukup sedap. Sayangnya penulis tidak tahu resipi kuih ini, kalau ada sesiapa yang tahu, alangkah bagusnya kalau dapat dikongsi bersama.

Sep 6, 2008

Anugerah Dari Ien


Yahoo!!! Penulis mendapat anugerah yang cukup cantik dari Ien. Jadi dengan rasa bangganya penulis paparkan anugerah itu di blog ini. Sebenarnya penulis cukup kagum dengan kegigihan gadis comel ini di dalam memberi input yang cukup berguna buat bloggers lain. Justeru, topik kali ini bukan setakat untuk mempamerkan anugerah ini malah penulis akan bercerita tentang pemiliknya sekali.


Penulis mengenali blog Ien yang dahulunya beralamatkan Ien247 sebelum ditukar kepada Muncet sewaktu mula² blogspot menukar tema klasik kepada tema beta. Ketika itu, penulis sibuk berguru dengan Delang dan dalam masa yang sama Ien juga turut meminta tunjuk ajar daripadanya. Tapi itu cerita dulu, sekarang Ien sudah jauh maju di dalam bidang blog. Kini, Ien menjadi tempat rujukan bagi orang lain untuk mencantikkan blog masing².

Jika anda perasan, tabview untuk pautan rakan dan menu hide and show di blog ini adalah hasil tunjuk ajarnya. Bukan mudah untuk berguru jika orang yang pandai tidak mahu memperturunkan ilmunya. Kadangkala agak sukar untuk memahami sesetengah tutorial tetapi dia tidak pula melenting jika soalan yang sama kerap diajukan. Di kesempatan ini, penulis ingin menyeru diri sendiri dan orang lain juga, jika anda berilmu, jangan lokek untuk mengajar orang lain pula kerana ilmu yang bermanfaat mampu menolong anda di dalam kubur kelak.

Untuk Ien, terima kasih kerana memberikan anugerah untuk penulis. Semoga Ien terus maju jaya di dalam setiap lapangan yang diceburi.

Sep 5, 2008

Anugerah Special New Friends


Rakan bloggers iaitu Tengok Sana Sini sekali lagi telah memberikan anugerah untuk blog ini. Kali ini anugerah untuk rakan istimewa yang baru dikenali. Maaflah pada Tengok Sana Sini sebab penulis agak lewat memaparkan topik ini. Walau apa pun, ucapan terima kasih didahulukan.


Seterusnya anugerah ini penulis panjangkan pula pada rakan² penulis iaitu :-

Aisyahhumairaa
Anastasia
Nasikerabupetro
Nur Raudhah
Salsaworldwide
Sue-ella

Sep 4, 2008

Menu Drop Down Untuk Kategori


Bloggers yang aktif menulis tentu sahaja menyiarkan topik di blognya dengan pelbagai kategori yang berlainan. Kadangkala senarai kategori tersebut terlalu panjang sehingga membuatkan laman blog menjadi sesak. Justeru, ada cara untuk membuatkan kategori blog anda menjadi menu drop down.


Anda perlu melakukan langkah² berikut.
  • Login.
  • Dashboard - Layout - Edit HTML.
  • Download Full Template sebelum mengedit blog.
  • Cari kod di bawah ini.

<b:widget id='Label1' locked='false' title='Labels' type='Label'/>

  • Gantikan kod di atas dengan kod ini pula.

<b:widget id='Label1' locked='false' title='Labels' type='Label'>
<b:includable id='main'>
<b:if cond='data:title'>
<h2><data:title/></h2>
</b:if>
<div class='widget-content'>

<br />
<select onchange='location=this.options[this.selectedIndex].value;'>
<option>Select a label</option>
<b:loop values='data:labels' var='label'>
<option expr:value='data:label.url'><data:label.name/>
(<data:label.count/>)
</option>
</b:loop>
</select>

<b:include name='quickedit'/>
</div>
</b:includable>
</b:widget>

  • Save template.
Sekarang anda boleh mengalihkan kategori drop down menu anda ke tempat yang dirasakan sesuai. Semoga berhasil.

Sumber : Blogger Buster

Sep 2, 2008

Seratus Hari


2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008, genaplah 100 hari arwah bonda meninggalkan kami. Terasa begitu cepat masa berlalu, dalam sedar atau tidak, kami berusaha berdikari menguruskan kehidupan sendiri tanpa bonda disisi. Ketiadaan bonda sangat dirasai di bulan yang mulia ini. Jika dulu, kami boleh bermanja dengan bonda seraya meminta bonda memasakkan juadah kegemaran kami.


Tapi kini, kami perlu menyediakan makanan untuk berbuka puasa sendiri. Tiada lagi masakan dari air tangan bonda yang lazat. Tiada lagi suara lunaknya memanggil penulis membantunya menyediakan bahan² masakan. Tiada lagi ajakannya ke surau untuk menunaikan solat terawikh. Hanya memori yang tinggal untuk kami abadikan di hati. Semoga roh bonda dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Sayangnya, penulis tidak sempat menuntut semua ilmu masakan dari bonda. Justeru, penulis perlu belajar sendiri samada dari makcik² atau internet untuk menyediakan makanan. Penulis berharap penulis mampu memasak seenak masakan bonda. Namun, masih banyak lagi perlu dipelajari untuk menjadi tukang masak sehebat bonda.

Sep 1, 2008

Rahmat Ramadhan



Bulan penuh keberkatan muncul lagi. Bersyukurlah kita kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan. Bagi remaja² yang masih belum melakukan perubahan diri, inilah waktu yang paling sesuai untuk berhijrah ke arah pembentukan sahsiah diri yang lebih baik. Usah menunggu lebih lama untuk menjadi seorang mukmin yang berakhlak cantik.


Penulis menyeru kepada pembaca blog ini serta diri penulis sendiri agar memartabatkan agama kita Islam di tempat yang selayaknya. Jangan dicemari kesucian agama Islam dengan perbuatan yang tidak bermoral. Laksanakanlah tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan bersungguh². Jika sebelum ini, kamu bangga menayangkan bentuk dan lekuk di badan kamu, maka berubahlah dengan pakaian menutup aurat yang lebih sopan. Ingat, tutuplah aurat sebelum aurat kamu ditutup dengan kain kafan.

Selamat menunaikan ibadat puasa. Semoga amalan kita semua diterima Allah. InsyaAllah.