Jan 8, 2012

30 Minit Ustaz Don


Penulis tahu ramai yang sudah maklum tentang ustaz selebriti bernama Don Daniyal ini. Anda pasti biasa menonton rancangan 30 Minit Ustaz Don yang sarat dengan pelbagai cabang ilmu. Rancangan ini ke udara setiap hari Isnin sehingga Khamis pada jam 10 malam setelah ditukar jadualnya mulai 1 Januari 2012. Antara pengisian rohani yang disediakan ialah bertalaqqi membaiki hukum² tajwid dalam Al-Quran, belajar bab² Fardhu Ain dalam kehidupan dan pelbagai lagi.



Secara peribadi, penulis mengagumi figura ini kerana setiap slot pengajarannya santai, mudah difahami dan yang paling seronok ada sessi praktikal selain teori sahaja. Dengan adanya segmen praktikal, para pelajar [baca: penonton] lebih mudah faham topik yang sedang diceritakan. Ustaz Don Daniyal juga agak lawak orangnya kerana sering terlupa ketika mengajar.



Mari kenali Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Status: Bertunang
Facebook : 30 Minit Ustaz Don
Email : ustaz.don@tvalhijrah.com
Telefon : 03-22060 2411 / 2260 1610

SESSI PELAJARAN PRAKTIKAL BERSAMA USTAZ DON


CARA MBIL WUDUK UNTUK ORANG SAKIT


BELAJAR ILMU TAJWID WAJIBAL NGUNNAH


Ada satu sikap Ustaz muda ini yang sangat menarik hati penulis iaitu sangat merendah diri. Setiap kali bersiaran, Ustaz Don pasti meminta para alim ulama yang lebih pandai daripadanya untuk memberikan teguran sekiranya berlaku sebarang kekhilafan di dalam pengajarannya. Nah, jarang kita dengar para ustaz lain meminta teguran dari agamawan yang pakar, bukan?? Lagi satu, gayanya membuat aksi slow motion sering membuatkan penulis tergelak.

©Azurie : Tahniah kepada TVAlHijrah kerana membawakan rancangan Islamik seperti ini. Semoga program² agama seperti ini berkembang biak dengan meluas di stesen² tv yang lain.


2 Comment

Unknown Wed Jul 04, 04:52:00 PM

kalau nak jmput ustaz bagi ceramah boleh x gne no telefon yg ada kt atas tu?

Eriyza Sun Jul 08, 03:33:00 PM

@Wan Husin Zaki:
Sy x pasti. Anda boleh cuba
hubungi dulu, mungkin mereka
boleh bantu.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.