Jan 8, 2012

Ezani Farhana Juara MasterChef Malaysia 2011


Program masakan Masterchef Malaysia peringkat akhir baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi. Doktor pergigian, Ezani Farhana Binti Md Monoto telah berjaya bergelar juara setelah menewaskan saingannya iaitu Wahidan Bin Haji Ag Supain. Doktor muda dari Kajang ini menjadikan ibunya sendiri sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam arena masakan.

Juara memenangi wang tunai RM100,000, trofi dan kontrak menerbitkan serta mengedarkan buku masakannya sendiri. Doktor Ezani turut menjadikan chef selebriti, Chef Wan dan Jamie Oliver sebagai idola kerana kedua²nya sering menyediakan makanan segar lagi sihat.

Untuk episod kemuncak itu, Ezani Farhana telah menyediakan tiga juadah iaitu Salad Nusantara Kekapis sebagai hidangan pembuka selera, Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-Sayuran (hidangan utama) dan Kek Ubi Bit Berempah (pemanis mulut).

Seramai 40 orang tetamu termasuk chef profesional yang pernah muncul dalam MasterChef Malaysia menjadi juri pada pertandingan akhir itu yang mewakili 40 peratus markah. Sementara markah selebihnya adalah daripada tiga juri tetap iaitu Chef Zubir, Chef Joe dan Chef Riz.

Tahniah Doktor Ezani Farhana! Bertuah badan lelaki yang bakal menikahi doktor gigi ini yang bukan sahaja cerdik tetapi juga pandai memasak.

©Azurie : Pandai masak mee lidi. Mee maggi pun boleh masak. Hebat tak??

Via : Utusan Malaysia

2 Comment

AlL It'S AbOuT mE!!! Sat Jan 14, 11:08:00 AM

wahh...akak ezani juara...cayalah...saye suka tonton masterchef..cayok2x...semoga berjaya dalam menempuhi kehidupan seterusnya..sy harap tahun depan ada lagi mstrechef musim yang kedua(sebb saye nak masuk gak)heheheh

Eriyza Sat Jan 14, 05:48:00 PM

@AlL It'S AbOuT mE!!!:
Semoga awak pulak juara
MasterChef 2012. Hehehe! :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.