Lazimnya bloggers mahukan kod untuk mematikan fungsi klik kanan atau disable right click tetapi Oshinz yang comel telah bertanyakan tentang kod untuk mematikan klik kiri pada gambar. Justeru, penulis telah mengerah tenaga Pakcik Google dan sekelip mata kod itu telah berjaya penulis perolehi. Penulis andaikan anda telah menggunakan fungsi matikan klik kanan di dalam blog anda sebelum menggunakan kod menghalang klik kiri pada gambar ini.
Anda perlu melakukan cara ini secara manual untuk setiap gambar yang anda ingin matikan klik kiri.
1. Tulis topik seperti biasa.
2. Muatnaik gambar dari komputer atau web lain.
3. Pilih tab Edit HTML untuk mengedit kod gambar.
Contoh kod gambar adalah seperti berikut :-
<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNQgokdDFTjQpXbRx3L1xCV50Of9v7p5VRwMIgLziSxGiQjczBy5bd1vVU_prLFTtxhu3eH5ax_hihRZdqOkJf-A_k5ghyQRMG6FDUIkNFGJ6eCSMqykC4EMo7SAwQ54HnkO7JrA/s1600-h/Dont_Steal.gif"><img id="BLOGGER_PHOTO_ID_5300696122767253986" style="DISPLAY: block; MARGIN: 0px auto 10px; WIDTH: 400px; CURSOR: hand; HEIGHT: 285px; TEXT-ALIGN: center" alt="" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNQgokdDFTjQpXbRx3L1xCV50Of9v7p5VRwMIgLziSxGiQjczBy5bd1vVU_prLFTtxhu3eH5ax_hihRZdqOkJf-A_k5ghyQRMG6FDUIkNFGJ6eCSMqykC4EMo7SAwQ54HnkO7JrA/s400/Dont_Steal.gif" border="0" /></a>
4. Anda perlu membuang kod yang berwarna merah kerana kod tersebutlah yang memberikan pautan kepada gambar anda.
Contoh kod gambar yang telah diedit :-
<img id="BLOGGER_PHOTO_ID_5300696122767253986" style="DISPLAY: block; MARGIN: 0px auto 10px; WIDTH: 400px; CURSOR: hand; HEIGHT: 285px; TEXT-ALIGN: center" alt="" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNQgokdDFTjQpXbRx3L1xCV50Of9v7p5VRwMIgLziSxGiQjczBy5bd1vVU_prLFTtxhu3eH5ax_hihRZdqOkJf-A_k5ghyQRMG6FDUIkNFGJ6eCSMqykC4EMo7SAwQ54HnkO7JrA/s400/Dont_Steal.gif" border="0" />
5. Preview dan cuba klik pada gambar tersebut. Jika ia tidak dibuka pada halaman lain, bermakna anda telah berjaya melakukan tutorial ini.
6. Publish.
Namun, penulis ingin mengingatkan bahawa cara ini tidak semestinya berkesan untuk melindungi gambar anda. Jika orang yang tidak bertanggungjawab masih mahu mencuri hasil kerja anda, mereka masih boleh menggunakan menu pada browser Firefox untuk tujuan tersebut.
2 Comment
kurang faham... bagaimana ia berfungsi?
saya try pada gambar tu dan masih boleh guna klick kanan dan kiri
http://1.bp.blogspot.com/_EM2y7j1cjD8/SY_bChPVIeI/AAAAAAAAB0o/FM2Tsdgvoyw/s400/Dont_Steal.gif
dan ambik url gambar tu
Syafia : Kamu perlu mematikan klik kanan terlebih dahulu sebelum menggunakan kod menghalang klik kiri pada gambar ini. Kamu perlu membuang kod <a href="http://1.bp.blogspot.com/_EM2y7j1cjD8/SY_bChPVIeI/AAAAAAAAB0o/FM2Tsdgvoyw/s1600-h/Dont_Steal.gif"> dan </a> pada gambar tersebut. Diiingatkan sekali lagi, kod ini tak bermakna kalau kamu tidak mematikan klik kanan pada blog kamu sebab gambar masih boleh dicuri.
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.