Jun 30, 2009

Nama Yang Seksi


Exciting Ravishing Individual Yielding Zeniths and Affection


Anda mungkin mempunyai nama samaran yang unik dan menarik tetapi adakah anda tahu maknanya jika ia diterjemahkan ke dalam maksud nama yang seksi?? Ianya sekadar untuk suka-suka sahaja dan makna yang diterjemahkan tidaklah tepat.


Anda boleh mencuba perkhidmatan nama seksi ini di The Sexy Name Decoder. Lihat seseksi mana nama samaran anda.

Jun 27, 2009

Gantikan Nama Dengan Avatar


Penulis ketawa besar apabila melihat wajah rakan² bloggers apabila nama samaran mereka ditukar di dalam avatar berbentuk hitam putih. Bayangkan nama samaran yang begitu menarik bertukar menjadi avatar yang sangat kelakar.


Ampun maaf dari penulis buat rakan² seperti Daus, Zai dan Anarm yang penulis gunakan nama mereka sebagai model untuk avatar ini. Wah, popular kamu semua di blog ini. Agaknya kalau semua avatar ini tersedia sebagai plugin avatar Wordpress, ada orang mahu guna tak?? Kalau anda mahu tahu bagaimana rupa anda selepas nama ditukar kepada avatar, silalah berkunjung ke laman sesawang Turn Your Name Into a Face.

Jun 26, 2009

Template Blog Rekaan Ray Creations


Sesiapa yang berniat hendak menukar template, penulis ingin memperkenalkan anda satu laman sesawang yang menyediakan beberapa jenis template yang agak menarik. Walaupun tidak begitu banyak pilihan template yang disediakan tetapi ia mungkin ditambah pada masa akan datang.


Justeru, bagi sesiapa yang sedang ligat memikirkan template baru untuk digunakan, bolehlah cuba melihat template yang ada di Ray Creations. Namun begitu, template yang disediakan banyak dirip dari Wordpress.

Jun 25, 2009

Blog Pilihan : Dilarang Melarang



Walaupun penulis adalah bloggers tetapi penulis juga suka membaca blog orang lain. Penulis mempunyai terlalu banyak blog kegemaran, ada masanya penulis menghabiskan banyak masa untuk menyelongkar setiap topik yang ditulis oleh pemiliknya. Justeru, jika orang lain memberikan pelbagai anugerah (award) untuk blog yang mereka suka, penulis pula akan membuat ulasan ringkas tentang blog tersebut sebagai tanda penulis menyokong blog tersebut.


Sebagai blog pemecah tanah untuk kategori baru ini, penulis memilih blog Encik Marzuki Jalil yang juga merangkap guru blog penulis. Seperti diketahui umum, blog yang diberi nama Dilarang Melarang ini berkisar tentang tutorial untuk pengguna Blogspot dan Wordpress selain paparan kisah peribadi penulisnya. Dahulunya penulis blog ini popular dengan BlogMenjerit tetapi malangnya blog itu telah tamat tarikh luputnya.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog, anda digalakkan untuk membaca blog tersebut. Mungkin ada sesuatu yang dapat anda kutip di sana. Untuk blog pilihan penulis pada topik akan datang, mungkin blog anda terpapar di sini. Jadi, rajin²lah berkunjung ke blog ini. Selamat melayari blog DilarangMelarang.

Jun 22, 2009

Lorem Ipsum Sebagai Teks Sementara


Kebiasaannya apabila kita melihat template prebiu yang dibuat oleh pembuat template untuk Blogspot, mereka menggunakan ayat Lorem ipsum sebagai topik percubaan. Sebenarnya Lorem ipsum telah diterima pakai sebagai teks contoh sejak tahun 1500 lagi. Anda boleh mendapatkan info lanjut tentang Lorem ipsum yang juga dikenali sebagai Dummy Text di sini.


Justeru, jika anda juga ingin menggunakan Lorem ipsum sebagai teks sementara di dalam blog anda, bolehlah membuatnya di Lorem Ipsum Generator.

Jun 20, 2009

Bina Laman Sosial Seumpama Youtube


Tentu ramai bloggers suka menonton drama bersiri atau konsert bersiri di Youtube. Jika anda juga tergolong di dalam penggemar sesuatu yang bersiri di Youtube, apa kata anda simpan sahaja semua koleksi drama atau konsert kegemaran anda tadi di laman sesawang seumpama Youtube.


Menariknya, laman sesawang itu adalah milik anda yang boleh anda edit sesuka hati. Anda juga boleh memasukkan gambar dan menulis makluman penting untuk pelawat anda. Anda boleh melihat laman sesawang milik penulis sebagai rujukan. Apa tunggu lagi?? Daftarlah cepat di Ning.

Jun 19, 2009

Kongsi Gambar Di Twitter


Bagi pengguna tegar Twitter,kali ini penulis ingin memperkenalkan sebuah laman web yang membolehkan anda memuatnaik gambar dan ianya akan dikongsi secara terus ke laman Twitter anda. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi rotate, boleh diundi dan dikomen.


Anda juga boleh meletakkan widgetnya ke dalam blog. Menarik bukan?? Ayuh, masukkan gambar ke dalam Twitter dengan TweetPhoto.

Jun 18, 2009

Koleksi Add-On Firefox


Berita baik untuk pengguna Mozilla Firefox. Jika anda gemar memuatturun dan menggunakan add-on Firefox, kini anda boleh memilih pelbagai jenis add-on Firefox yang ada mengikut kesesuaian kerana ia telah dibuat sebagai koleksi oleh pihak Firefox. Daftar dahulu untuk menikmati kemudahan yang ada.


Untuk memudahkan pencarian add-on pilihan anda, ia telah dilabelkan di dalam beberapa kategori tertentu seperti Reference Desk, Social Circuit dan lain² lagi. Add-on yang anda suka boleh anda perkenalkan kepada rakan² anda pula. Untuk maklumat lanjut, layarilah laman web Add-On Firefox.

Via : Amanz

Jun 17, 2009

Memasang Tab View


Apa khabar semua pelawat blog ini?? Penulis mengharapkan agar anda semua ceria sentiasa. Kali ini penulis ingin mengajar anda cara² untuk membuat tab view. Antara lain fungsinya boleh menjimatkan ruang sidebar di blog anda. Dalam tab view tersebut, anda boleh mengisi sekurang²nya tiga widget sekaligus. Ayuh, kita masuk kelas.


1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari ]]></b:skin>, letakkan kod ini di atasnya.

div.TabView div.Tabs
{
height: 24px;
overflow: hidden;
}
div.TabView div.Tabs a
{
float: left;
display: block;
width: 100px; /* Width top main menu - Tab Buttons*/
text-align: center;
height: 24px; /* Height top main menu - Tab Buttons*/
padding-top: 3px;
vertical-align: middle;
border: 2px solid #122B45; /* Top Main menu border color */
border-bottom-width: 0;
text-decoration: none;
font-family: "Times New Roman", Serif; /* Top main menu font */
font-weight: 900;
color: #122b45; /* Top main menu font color */
}
div.TabView div.Tabs a:hover, div.TabView div.Tabs a.Active
{
background-color: #fff; /* Top main menu background color */
}
div.TabView div.Pages
{
clear: both;
border: 2px solid #6E6E6E; /* Content Border color */
overflow: hidden;
background-color: #fff; /* Content background color */
}
div.TabView div.Pages div.Page
{
height: 100%;
padding: 0px;
overflow: hidden;
}
div.TabView div.Pages div.Page div.Pad
{
padding: 3px 5px;
}

5. Kemudian cari </head>, letakkan kod ini di atasnya.

<script src='http://ladyqistina.googlepages.com/tabviewblog.js' type='text/javascript'/>
6. Save template.

7. Sekarang, pergi ke Page Element - Add a Gadjet - HTML / Javascript. Letakkan kod ini ke dalamnya.

<form action="tabview.html" method="get">
<div class="TabView" id="TabView">
<div class="Tabs" style="width: 330px;">
<a>Tab 1</a>
<a>Tab 2</a>
<a>Tab 3</a>
</div>
<div class="Pages" style="width: 330px; height: 500px;">

<div class="Page">
<div class="Pad">
Tab 1.1 <br />
Tab 1.2 <br />
Tab 1.3 <br />
</div>
</div>

<div class="Page">
<div class="Pad">
Tab 2.1 <br />
Tab 2.2 <br />
Tab 2.3 <br />
</div>
</div>

<div class="Page">
<div class="Pad">
Tab 3.1 <br />
Tab 3.2 <br />
Tab 3.3 <br />
</div>
</div>

</div>
</div>
</form>

<script type="text/javascript">
tabview_initialize('TabView');
</script>

8. Save.

Cara untuk mengisi maklumat di dalam tab view adalah seperti berikut :-

<div class="TabView" id="TabView">
<div class="Tabs" style="width: 330px;">
<a>Tab 1</a>
<a>Tab 2</a>
<a>Tab 3</a>
</div>
<div class="Pages" style="width: 330px; height: 500px;">

Tab 1 gantikan dengan widget seperti Shoutbox
Tab 2 gantikan dengan widget seperti Feedjit
Tab 3 gantikan dengan widget seperti Referrer

<div class="Page">
<div class="Pad">
Tab 1.1 <br />
Tab 1.2 <br />
Tab 1.3 <br />
</div>
</div>

Tab 1.1, Tab 1.2 dan Tab 1.3 gantikan dengan teks atau kod tertentu.
Misalnya
<a href="http://eriyza.via.my/" target="_blank"><img border="0" alt=".: Eriyza Qistina :." src="http://lh5.ggpht.com/ladyqistina/SI3Wzg2ddCI/AAAAAAAABIY/xEwxEMTs2o8/butang2.gif"/></a>
<textarea rows="5" cols="20" name="S1"><a href="http://eriyza.via.my/" target="_blank"><img border="0" alt=".: Eriyza Qistina :." src="http://lh5.ggpht.com/ladyqistina/SI3Wzg2ddCI/AAAAAAAABIY/xEwxEMTs2o8/butang2.gif"/></a></textarea>

Tulisan berwarna hijau pula anda tukarkan mengikut kesesuaian blog anda.

Selamat mencuba. Semoga sukses. Sebarang soalan tanyakan di bahagian komen ya.

Via : Thetricks

Jun 16, 2009

Potong Youtube Dengan TubeChop


Kongsi Video Ini

Dahulu penulis pernah menulis tentang cara untuk memotong video dari Youtube, kali ini penulis kembali lagi dengan laman web seumpamanya. Cuma, penulis fikir laman web ini lebih mudah digunakan berbanding yang sebelum ini. Ayuh, pengguna Youtube, mari memotong video kegemaran masing-masing.


Pilih video yang anda ingin potong. Tetapkan minit pada bahagian kegemaran anda. Masukkan alamat video tersebut di TubeChop, kemudian klik chop it. Selepas itu, anda akan diberi pautan untuk memasukkan video tersebut ke dalam blog atau berkongsi pautan dengan sahabat yang lain. Beres.

Jun 14, 2009

Hoskan Gambar Di ImageDash


Bagi anda yang gemar berkongsi gambar dengan rakan taulan tanpa memasukkannya ke laman web berdaftar, anda boleh meletakkan gambar tersebut di laman web yang menyediakan khidmat penyimpanan gambar secara percuma. Malah, anda boleh memuatnaik beberapa keping gambar dengan mudah.


Walaubagaimanapun, gambar² tersebut perlu anda muatnaik satu persatu dengan menggunakan butang yang disediakan. Seketika kemudian, pautan untuk gambar tersebut akan diberikan. Silalah mencuba perkhidmatan ImageDash.

Jun 13, 2009

Belajar Menaip Di TypingWeb


Bertahun² menggunakan komputer tidak menjamin bahawa anda boleh menaip dengan pantas tanpa melakukan sebarang kesalahan. Justeru, belajarlah menaip dengan memanfaatkan jari pada huruf yang betul. Web ini menyediakan latihan menaip percuma khusus untuk anda yang gemar berusaha memajukan diri.


Silalah berkunjung ke TypingWeb untuk mendapatkan maklumat lanjut dan merasai sendiri pengalaman menaip menggunakan jari-jemari anda yang gebu.

Jun 8, 2009

Jumbo Hotdog


Saksikan tarian hebat dari banduan² sebuah penjara di Filipina. Mereka menarikan lagu dari The Maskulados yang berjudul Jumbo Hotdog. Sebahagian besar dari mereka sangat berbakat di dalam tarian.

Jun 6, 2009

Selamat Hari Lahir


Bulan Jun muncul lagi. 6 Jun menjelang kini. Hari ini hari yang kau nanti. Hari ulangtahun kelahiranmu. Meskipun tanpa sebarang parti hari jadi yang meriah, tanpa hadiah yang mewah, ucapan hari lahir tetap menerjah. Selamat hari lahir buat adindaku yang tengah. Semoga semua impian tercapai. Kami sayang kamu.

Jun 2, 2009

Memasang Kotak Kod


Tutorial pertama selepas kemunculan kembali penulis ialah memasang kotak kod di dalam blog. Penulis fikir mungkin ramai yang ingin tahu cara untuk memasang kotak kod seumpama penulis. Untuk kotak kod versi ini, penulis mengubahsuainya sedikit agar tidak terlalu sama dengan kotak kod milik penulis.


Cara untuk membuatnya cukup mudah.

1. Login ke Blogspot.

2. Pilih Layout - Edit HTML.

3. Download Full Template sebelum mengedit blog.

4. Cari ]]></b:skin>, tampal kod ini di atasnya.

.code {
color: #333333;
border : 3px solid #666666;
padding : 5px 5px;
font-family : Verdana;
font-size : 8pt;
background-color : #dddddd;
width : 90%;
overflow : auto;
margin : 10px 0 10px 10px;
border-left : 20px solid #666666;
max-height : 300px;
line-height : 16px;
}
.code:hover {
background-color : #f3f3f3;
}

5. Save template.

6. Sekarang pergi pula ke Settings - Formatting.

7. Masukkan kod di bawah ini ke dalam Post Template.

<div class="code">
Teks atau kod
</div>

8. Save settings.

Setiap kali anda memulakan topik baru, kod di atas telah tersedia. Anda cuma perlu menukar ayat teks atau kod dengan ayat dan kod yang anda mahu. Selamat mencuba.

Via : Tutzone

Jun 1, 2009

Kini Kembali


Hai kawan². Apa khabar semua?? Doa dan harapan penulis agar kalian dikurniakan kesihatan yang baik dan ceria sepanjang masa. Setelah bercuti panjang selama hampir dua minggu, penulis kembali menulis di blog ini. Setelah berfikir dengan matang, maka penulis memutuskan untuk terus menulis di sini kerana kalian.


Penulis akui penulis terikut² dengan proses pembelajaran di dalam kelas yang mana semua topik yang diajar perlukan maklumbalas dari pelajar sama ada mereka faham atau tidak tentang subjek tersebut. Penulis mengambil kira semua faktor dan komen yang rakan² berikan, blog ini masih diperlukan untuk membantu bloggers lain. Justeru, penulis berterima kasih kepada rakan² yang tidak jemu berkunjung ke blog ini. Terima kasih kerana sudi membuang undi dan meninggalkan komen di topik berhenti berblog. Jasa baik kalian sentiasa penulis kenang.

Nantikan tutorial terbaru dari penulis di topik akan datang. Sehingga itu, selamat menulis blog buat semua rakan² bloggers seantero dunia.