Nov 30, 2009

Tema Baru Di Template Baru


Watch out! I'm back! Topik ini auto publish kerana penulis sedang dalam perjalanan ke Puchong. Penulis akan mengedit semula topik ini selepas pulang dari sana. See ya!


Kemaskini

Penulis sudah pulang dari Puchong. Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana semua urusan sudah usai. Beberapa hari lalu penulis menutup blog ini kerana mendapat aduan bahawa sebahagian besar tutorial dan template blog diplagiat. Setelah penulis melihat bukti di blog tersebut, penulis memutuskan untuk menukar template blog ini. Selain itu penulis juga menukar taglinenya dari Tanggapan Tentang Topik Tertentu kepada Bloggers Tutorial Centre atas saranan seorang pembaca sebelum ini. Memandangkan blog ini banyak berkisar tentang ilmu, tagline itu sudah tidak relevan.

Kalau ikutkan hati mahu sahaja penulis privasikan blog ini dengan menjemput pembaca setianya sahaja tetapi bak kata pepatah melayu, jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Sebenarnya pembaca setia yang banyak memberi galakan agar blog ini terus bertahan. Terima kasih kerana masih setia membaca setiap bahan yang penulis paparkan.

Kali ini penulis ingin memberi sedikit 'tips' kepada pemelagiat. Anda mungkin menyangka penulis asal blog tersebut tidak tahu tentang kemunculan blog plagiat anda tetapi jangan lupa dunia bloggers ni luas. Boleh jadi orang yang masuk ke blog anda adalah pembaca tegar blog lain. Jika olahan ayat hampir sama dan template pun bagaikan kembar, mana mungkin tiada yang perasan. Jadi, jangan pernah kedekut untuk menyatakan sumber rujukan jika anda merujuk hasil kerja orang lain.

Penulis tidak mahu mengaibkan bloggers tersebut. Penulis tidak akan meletakkan alamat blognya di sini. Penulis cuma berharap kes seperti ini tidak akan berulang lagi. Sekian.

2 Comment

Anep™ Mon Nov 30, 10:37:00 AM

ok...see ya..

Eriyza Wed Dec 02, 12:20:00 AM

::AnEp:: : Okey.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.