Topik ini ditulis khusus untuk fitrahufiddin. Setiap kali anda mahu menukar template baru, anda akan kehilangan widget² yang telah anda buat sebelum ini. Justeru, kali ini penulis berkongsi cara untuk menghalang widget hilang setiap kali template ditukar. Sila baca dengan teliti atau berulangkali agar anda lebih mudah faham.
Penulis sarankan anda membuat satu blog baru bagi tujuan percubaan. Di blog baru anda, letakkan semua widget² sama seperti blog asal. Sekarang kita akan memulakan pembelajaran seterusnya.
1. Login ke Blogspot.
2. Pilih Layout - Edit HTML.
3. Download Full Template sebelum mengedit blog.
4. Cari <b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'> dan salin (copy) semua widget² yang berada di sidebar itu. Jika anda meletakkan widget² di bahagian lain sama ada header, main blog atau footer, salin semua sekali. Selalunya widget ditulis seperti <b:widget id='Followers1' locked='false' title='Fellows' type='Followers'/>. Untuk memudahkan pencarian anda, perhatikan title pada setiap widget. Contohnya title='Fellows' membawa maksud nama yang anda tulis bagi widget Followers.
5. Tampal (paste) kesemua widget² tadi ke dalam Notepad.
6. Seterusnya browse template baru dan upload macam biasa. Akan keluar nota seperti berikut :-
Widgets are about to be deleted. Please confirm that the following widgets should be deleted. All the widgets' configuration data will be lost.
Biarkan sahaja, jangan berbuat apa². Abaikan butang Confirm and Save.7. Selanjutnya cari semula <b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'> dan tampal widget² yang telah anda letakkan di Notepad tadi.
8. Sekarang Save Template. Jika template tidak dapat disimpan kerana berlakunya persamaan id pada HTML seperti HTML1 ada dua, maka tukarkan ia kepada HTML11. Anda cuma perlu pastikan tiada id yang sama pada setiap id HTML.
Selepas anda berpuashati dengan hasil yang anda lakukan di blog percubaan, anda bolehlah mempraktikkannya pula di blog sebenar. Paling penting, sentiasa Download Full Template sebagai langkah waspada seandainya anda tersilap mengedit blog. Baca dan fahamkan dahulu sebelum anda mengubah template.
Selamat mencuba. Anda pasti berjaya. Jika penulis boleh membuatnya, mengapa tidak anda??
5 Comment
dah pernah buat gak.. mmg berkesan.. hari tu tolong ade sorg blogger ni tukarkan template.. nak bekup widget satu2 tak larat.. sbb mmg byk..
tapi widget still boleh hilang.. kalau taknak hilang kena pandai manipulasi.. contoh kalau template 2 sidebar nak tukar kepada 1 sidebar.. kena pindah semua widget kat 1 sidebar jer..
erk.. melalut plak..
ezany : Mmg betul kata awak tuh. Kena pepandai simpan susun atur widget supaya x tetinggal.
bagus gak ni, aku selalu kalo tuka theme.. mesti kena buat balik widget dia...huk3
Mr Propito : Bleh laa cuba cara nih plak. :)
[...] Cubiex.com ~ Malaysia Affordable Domain and Web Hosting menawarkan pakej web hosting, reseller hosting, vps hosting mampu milik serta premium kepada individu dan syarikat [...]
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.