Nov 13, 2010

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka


Anda buntu dengan penggunaan perkataan bahasa Melayu yang baru?? Anda sedikit pun tidak memahami makna di sebalik perkataan tersebut. Nah, inilah masanya untuk menyelongkari Kamus Dewan versi online. Jangan ingat Kamus Dewan hanya ada dalam bentuk buku saja, tau.

Anda masuk ke laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Taip perkataan yang ingin dicari dan klik Cari. Seketika kemudian, keputusannya akan dipaparkan kepada anda berserta sumber dari Kamus Dewan edisi mana. Tidak cukup dengan itu, beberapa jenis istilah turut diceritakan selain ruang Tesaurus yang tersedia di situ. Selamat menimba ilmu.

2 Comment

aman Sun Nov 14, 12:35:00 AM

aku pun kengkadang guna tue gak time nak tulis artikel blog. hehe~

Eriyza Sun Nov 14, 01:50:00 PM

aman : Sama laaa. Cheq pun guna. :)

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.