Sana sini warga internet sibuk bercerita tentang Proton Pahlawan yang dikatakan bakal menggantikan Proton Persona. Maka, penulis dengan gigihnya telah mencari gambar² Proton Pahlawan tersebut. Ketika ini kesemua kenderaan tersebut dipamerkan di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010. Diberitakan concept car ini mendapat maklum balas positif dari penggemar kereta. Tidak dinafikan rekaannya agak menarik walaupun masih dibayangi oleh pengeluar kereta popular yang lain seperti Lotus dan Mitsubishi Lancer.
Bertepatan dengan kemunculannya sebagai Proton Pahlawan, ianya didatangkan di dalam 5 jenis model yang diberi nama mengikut pahlawan tersohor Melaka iaitu Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Entah bila kenderaan² ini akan meluncur di jalan raya. Tunggu saja!
©Eriyza : Kalau dapat test drive pun jadilah sebab tak mampu nak beli semua sekali. Harapan penulis agar Proton dapat menyeimbangkan harga dan kualiti produknya.
2 Comment
sejibik mcm keta evo/lancer.. adeh, tingin laa.. kihkihihih
@iEn
Tuh laa, kalo leh test drive... cukup ler.
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.