Mar 31, 2011

Blogspot Membawa 5 Perspektif Baru Paparan Blog


Paparan Snapshot

Belum pun interface dashboard baru blogspot berubah sepenuhnya, warga kerja blogger memperkenalkan pula 5 perspektif baru untuk melihat paparan blog. Mereka memasukkan elemen AJAX, HTML5 dan CSS3 untuk memberikan kepuasan yang lebih kepada penulis blog sendiri dan juga para pembacanya. Antara jenis² paparan yang boleh anda lihat ialah Flipcard, Mosaic, Sidebar, Snapshot dan Timeslide.


Anda boleh menonton video di bawah untuk gambaran jelas.



Selain itu, anda juga boleh melihat contoh paparan blog anda kelak melalui gambar yang penulis lampirkan.


Paparan Flipcard


Paparan Mosaic

Untuk melihat blog anda di dalam 5 perspektif yang berbeza, anda cuma perlu menambah perkataan /view di belakang alamat blog anda.
Contoh : http://eriyza.blogspot.com/view

©Eriyza : Penulis paling suka stail Timeslide. Anda pula suka stail mana??

Via : Blogger Buzz

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.