Mar 27, 2011

Panduan Mendaftar CIMB Online Banking


Siang tadi penulis telah ke Maybank untuk membatalkan kad kredit. Pegawai bank tersenyum sinis apabila melihat kad kredit penulis masih terlekat cantik pada surat yang mereka hantar dulu. Tergambar jelas di benak mereka bahawa penulis langsung tidak pernah mengambil peduli tentang kad kredit tersebut apatah lagi menggunakannya secara berpermaisuri bermaharajalela.

Setelah menyaksikan sendiri kad kredit penulis digunting dengan kejam, penulis beredar ke CIMB. Antara lain, tujuannya adalah untuk membuka akaun baru. Usai semua prosesnya, penulis terus mengaktifkan CIMB online banking. Akan tetapi, penulis kira ramai di antara pengguna di luar sana belum mahir cara² untuk mendaftar online banking. Mari penulis bawa anda menonton video yang akan menjelaskan secara terperinci proses pendaftaran yang cukup mudah.


BAHAGIAN A : PENDAFTARAN CIMB ONLINE BANKING DI MESIN ATM

1. Pastikan anda sudah MEMPUNYAI KAD BANK CIMB.

2. Pergi ke MESIN ATM CIMB.

3. Masukkan KAD BANK CIMB dan KATA LALUAN.

4. Pilih menu LAIN-LAIN >> CIMB CLICKS >> CIMB CLICKS E-PIN.

5. Masukkan 6 DIGIT NOMBOR E-PIN. Pastikan anda menghafal / mencatat nombornya.

6. Masukkan SEKALI LAGI NOMBOR E-PIN tadi.

7. Masukkan NOMBOR TELEFON BIMBIT untuk tujuan TAC dan pengesahan TRANSAKSI.

8. Siap.

BAHAGIAN B : PENDAFTARAN CIMB ONLINE BANKING DI WEBSITE

1. Masuk ke LAMAN WEB CIMB.

2. Pilih FIRST TIME LOGIN >> SIGN UP HERE.

3. Isikan SEMUA MAKLUMAT dengan tepat.

a) BANKCARD >> NOMBOR ini tertera pada bahagian BAWAH BELAH KANAN BELAKANG BANKCARD anda.

b) CIMB CLICKS E-PIN >> Gunakan NOMBOR E-PIN yang anda BUAT DI MESIN ATM.

c) CIMB CLICKS ID >> Pastikan anda MENYERTAKAN KOMBINASI ABJAD DAN ANGKA sebagai ID. Contoh : 3r1yz4

4. Tandakan kotak ACCEPT.

5. Klik SUBMIT.

6. Siap. Sekarang LOGIN dengan ID BARU yang telah anda buat.

Untuk gambaran lebih jelas, sila tonton video di bawah.



Cara² menyemak aliran wang keluar masuk CIMB online banking



Cara² membuat transaksi bayaran menggunakan CIMB online banking


Sudah mendapat gambaran jelas tentang cara² menggunakan CIMB online banking?? Anda juga boleh membuat perkara yang sama untuk mengaktifkan Maybank2u.com atau lain² bank.

Penggunaan online banking semakin berkembang pesat dan amatlah merugikan jika anda tidak turut serta menggunakan perkhidmatan yang cuma berada di hujung jari anda. Sambil minum kopi jantan, anda sudah berurusniaga ribu riban tanpa perlu beratur di bank.

©Eriyza : Selamat menggunakan CIMB online banking dengan berhemah. Jangan asyik online shopping sehingga susut wang simpanan anda. Berbelanjalah dengan bijak.

Via | Video | Credit : Hairul Hissam

32 Comment

Nashrul hakimie Thu Apr 28, 01:33:00 AM

nape bank islam lain eh???
dia cakap nk i-acces code..
dah ada tp xtau nk guna cam ne

Eriyza Thu Apr 28, 02:37:00 PM

@Nashrul hakimie
Tak pasti laa pulak sbb dah
lama sgt daftar BIMB online.
Cuba refer pd petugas BIMB atau
call servis centernya.

masyhury Sun Jul 17, 12:02:00 PM

Hallo, terima kasih sudah tulis panduan ini. Pusing saya daftar tak berhasil, akhirnya temu panduannya kat sini.
Kalau dah dapat cimb clicks nih, enak pula berteransaksi..
huhuhu... :D

Eriyza Mon Jul 18, 11:54:00 PM

@masyhury
Sama² =)

LensaHp Mon Nov 14, 12:47:00 AM

Tutorial yang bagus... untuk yang tak pernah guna saja... Hahaha...

Eriyza Mon Nov 14, 12:42:00 PM

@LensaHp:
Sekadar berkongsi info.

Unknown Mon Jul 02, 02:11:00 AM

kalau dah daftar maybank2u tpi lupe nk msuk no hanfon..then g bank blik da xbole nk msukkn no hp cz die tlis acc da d dftarkn

Eriyza Mon Jul 02, 04:01:00 PM

@Unknown:
Mungkin anda perlu dapatkan bantuan drp pegawai bank yg bertugas.

Unknown Sun Jan 06, 08:09:00 PM

nnsjusoh@gmail.com
dh siap isi, bila submit tbe2 je x blh bhgian bnkcard 2 sume,sdgkn dh msukkn 16dgit huhu...cmne2

Eriyza Fri Jan 25, 10:04:00 PM

@nns jusoh:
Rujuk pada pegawai yg bertugas.

Eriyza Fri Jan 25, 10:05:00 PM

@LEE HYUN VI:
Maaf, sy kurang pasti. Sebaiknya anda tanya pada pihak bank.

nursalam Tue Apr 02, 05:27:00 PM

sy dah buat cimb clio td id xdk ppun??mcm mna ye??

Eriyza Wed Apr 03, 12:22:00 AM

@nursalam:
Anda dah buat ID tersebut??

Jessy Mon Jun 24, 08:18:00 AM

saya x boleh pula cm mna tu?

Eriyza Mon Jun 24, 12:47:00 PM

@Jessy Rick:
Mungkin format pendaftarannya
sudah berubah memandangkan
topik ini ditulis pd 2011.

Sila rujuk pd pegawai bank yg
bertugas utk proses pendaftaran
yg terkini.

Unknown Tue Jun 25, 09:41:00 PM

nak buka cimb clicks kena bayar apa2 ke?

Eriyza Wed Jun 26, 02:47:00 PM

@siti khairani:
Dulu tak perlu...
Kini tak tahu...

Unknown Sun Jul 28, 03:19:00 PM

kenapa saya saya masuk kt web... tekan first login akan keluar ini "Error 202: Your client could not be determined."... dh lame saya buat e-pin... to msh blm boleh guna lagi cimbclicks

Eriyza Tue Jul 30, 02:21:00 AM

@anie eddya:
Sila rujuk pada CIMB.

Anonymous

Azimah >>> azimahjamial.blogspot.com

Waaa, tima kasih banyak2.
CIMB Clicks saya dah settle, hoho!
Saya nak mintak, nak tulis point2 awk ni kat bl0g sy boleh.... (*_*)

Eriyza Mon Aug 05, 09:24:00 PM

@~Budak Merah~:
Boleh je. :)

Unknown Sun Dec 01, 04:43:00 AM

Xleh la kak.I'd xleh..

Unknown Tue Dec 17, 01:54:00 PM

slm,sy baru brhajat nk buka cimbclicks,terima kasih krana brkongsi ilmu yg brguna......

Unknown Thu Jan 23, 07:10:00 PM

Takleh pula...'sila masukkan no telefon bimbit anda untuk menerima tac'.....tu yg mesin cakap....lepas masukkan no tel....lalu takde apepe reply...

CARILAH KEREDHAAN ALLAH Tue Jan 28, 01:54:00 PM

maaf.. sy x faham no 3 a
a) BANKCARD >> NOMBOR ini tertera pada bahagian BAWAH BELAH KANAN BELAKANG BANKCARD anda.

asdadada Fri Sep 18, 04:47:00 PM

Bagus gan...untuk mengetahui informasi tentang perbankan, silakan kunjungi
http://infotentangbank.blogspot.com

Terima kasih

Unknown Mon Mar 27, 09:21:00 PM
This comment has been removed by the author.
Unknown Mon Mar 27, 09:24:00 PM

Nk tnye, saya nk buat acc kat cimb click tapi tak register no phone kat bank mcam mne ye??

Unknown Mon Mar 27, 09:24:00 PM

Nk tnye, saya nk buat acc kat cimb click tapi tak register no phone kat bank mcam mne ye??

Norlin Wed Nov 28, 04:35:00 PM

no password tu mcm2 dh buat x boleh juga...boleh bgi example x

Unknown Thu Mar 07, 12:13:00 AM

saya nak tanya kad cimb online dah daftar lepas tu kad rosak macam nak kemas kini..kad baru dah saip nak uplod kemas kini baru

Unknown Sun Oct 06, 04:35:00 PM

Saya nk tanya kad bank CIMB dah lama saya block..kalau saya hidup kn semula akaun KAD CIMB saya.. Macam mana saya nak buat

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.