Jan 15, 2012

Akhbar The Musalman Bertulisan Kaligrafi Tangan


Pernahkah anda membaca akhbar yang bertulisan tangan?? Di Malaysia mungkin tidak ada lagi akhbar sedemikian kerana akhbar harian mahu pun mingguan, semuanya dibuat dengan komputer sebelum dicetak. Maaf, kalau fakta ini salah. Akan tetapi di Triplicane High Road, Chennai, India, anda masih berpeluang membaca akhbar bertulisan kaligrafi yang ditulis sepenuhnya dengan tangan. Menarik, bukan?? The Musalman adalah akhbar yang penulis maksudkan.


DOKUMENTARI RINGKAS MENGENAI THE MUSALMAN


Akhbar berbahasa Urdu ini telah diterbitkan oleh Syed Janab Azmathullah Sahib pada tahun 1927 kemudian diteruskan pula oleh anaknya, Syed Faizullah. Berkemungkinan besar ia adalah satu²nya akhbar bertulisan tangan di dunia ini.


Semua berita yang diterima oleh penulis yang lebih dikenali sebagai katib akan ditulis terus ke atas kertas. Jika berlaku kesilapan, ia mungkin akan menjejaskan intipati yang ingin disampaikan dan katib perlu menulis semula keseluruhan muka surat tersebut.


Mereka bekerja di ruang pejabat yang hanya berkeluasan 800 kaki persegi tanpa penghawa dingin, lampu yang malap dan ditemani bunyi bising mesin pencetak usang. Katib memperuntukkan masa selama 3 jam untuk satu halaman sebelum ianya ditukar kepada bentuk negatif, dicetak dan dilipat sebelum dijual kepada 21,000 pembacanya.


Editor The Musalman iaitu Syed Arifullah mewarisi
akhbar ini daripada bapanya, Syed Faizullah. Beliau adalah generasi ketiga yang mengusahakan akhbar ini agar terus bertahan dalam industri media cetak walaupun dibuat secara tradisional.

The Musalman hanya mempunyai empat halaman. Halaman hadapan untuk berita penting dan luar negara. Halaman kedua dan ketiga untuk isu² tempatan dan halaman belakang khusus untuk sukan. Beberapa ruang kosong disediakan di sudut kanan bahagian bawah halaman hadapan untuk ditulis cerita terkini jika ada.

©Azurie : Kagum dengan kakitangan akhbar The Musalman yang terus memartabatkan tulisan kaligrafi tulisan tangan dalam bahasa Urdu agar terus wujud dalam masyarakat India. Justeru, muda-mudi dapat membaca akhbar 'lama' tetapi dengan paparan isu baru.

Via : Dailymail | Wikipedia

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.