Jan 15, 2012

Khairul Fahmi Alergik Dengan Beautiful Nara


Penulis tergelak kecil sewaktu membaca luahan hati Khairul Fahmi Che Mat atau sinonimnya Apek yang menyelar blog² hiburan tempatan yang didakwa lebih banyak mensensasikan kisah peribadinya daripada kerjayanya sebagai penjaga gawang nombor satu Malaysia. Tambahnya lagi, masyarakat sering memandang dirinya sebagai atlit kontroversi sehingga memburukkan imej diri dan keluarganya.

Dalam bicara kesalnya, dia turut mengakui alergik dengan blog yang ada bunyi Nara [baca: Beautiful Nara].


CETUSAN RASA KHAIRUL FAHMI

Kalau tidak salah perkiraan penulis, dalam hari yang sama juga, pemilik Beautiful Nara yang lebih mesra dipanggil Abang Nara memberikan maklum balas berhubung kenyataan Apek.


JAWAPAN BALAS BEAUTIFUL NARA

Penulis selaku orang awam yang disajikan dengan berita positif mahu pun negatif orang² tersohor sentiasa berada di dalam dilema antara mahu percaya berita itu kebenaran atau pun penipuan. Jika diamati dengan teliti, orang² popular suka bercakap tidak benar misalnya mengenai status hubungan. Seringkali menafikan bertunang atau berkahwin tetapi akhirnya canang gendang sudah putus tunang mahu pun sedang bersidang untuk bercerai.

Seperkara lagi, tanpa bukti berupa gambar, saksi, lokasi atau apa² jua, masakan paparazzi [baca: bloggers] Malaysia boleh menjejak aktiviti harian anda dengan mudah. Akhir kata, jangan hidup bergelumang sosial hingga ke dinihari, kelak menjadi entri sensasi, diri dan keluarga yang malu nanti.

©Azurie : Biarlah tidak popular kerana kontroversi asalkan glamor kerana ilmu yang boleh diwarisi seperti Imam Nawawi.


Via : MyNewsHub

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.