Jan 18, 2012

Azwan Ali Mahu Bakar Ummi Hafilda


Artis kontroversi, Azwan Ali bikin panas lagi. Kali ini bukan dengan rakan artis tetapi adiknya sendiri yang menjadi mangsa ugutan. Azwan Ali dilaporkan mengugut Ummi Hafilda menerusi laman sosial Twitter miliknya. Ekoran ancaman itu, Ummi telah membuat laporan polis terhadap abangnya itu.


TWEET ANCAMAN AZWAN ALI

Sejurus laporan dibuat,Azwan ditahan polis untuk siasatan lanjut. Namun, Azwan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.


“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.

“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,”

Luahan Ummi Hafilda di Harian Metro


Selepas artis dan atlit berperang di Twitter, tiba giliran adik-beradik pula melepaskan geram di Twitter. Mengapa tidak diselesaikan secara bersemuka sahaja??

©Azurie : Tidak pernah 'cuit' adik-beradik mahu pun sepupu sepapat di Twitter.


Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.