Jan 19, 2012

Guru Belasah Pelajar Berbalah


Pelajar nakal sering mengundang masalah di sekolah. Mereka akan mengganggu rakan sekelas, bising ketika guru mengajar atau bergaduh secara berkumpulan. Jika guru yang malas ambil pusing, mungkin pelajar tersebut hanya diberi kaunseling. Tetapi awas, jika anda berdepan dengan guru yang anti pelajar bermasalah, ia pasti mengundang padah.

Malang menimpa seorang pelajar berusia 15 tahun apabila pergaduhannya dengan seorang pelajar lain dilihat oleh seorang guru yang seterusnya menghukum mereka berdua. Dia mendakwa dipukul di muka dan leher sehingga jatuh tersungkur sebelum pengsan.

Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong dimasukkan ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan.


"Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."

"Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.

"Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya."

Cerita Muhammad Ziqril Hakin kepada Kosmo


Dalam hal ini, bukan cikgu sahaja perlu dituduh sebaliknya sikap pelajar yang semakin melampaui batas menjadi punca 'api' kemarahan cikgu apatah lagi kalau pelajar itu sememangnya sudah punya 'rekod' di sekolah.

©Azurie : Tidak gemar berbalah dengan pelajar bermasalah.


Via : Kosmo

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.