Jan 22, 2012

Kamal Ashnawi Paling Kaya Di Dunia


Wow! Siapa sangka orang terkaya di dunia tinggal di Malaysia?? Selama ini kita hanya tahu carta pertama orang paling kaya di Malaysia diungguli oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien. Akan tetapi, muncul pula seorang lelaki bernama KAMAL ASHNAWI dari Perak yang mendakwa dirinya memiliki kekayaan sejumlah 5 trilion Euro (RM20 trilion). Anda bangga tak dengan berita kurang sahih ini?? Tunggu keputusan Forbeslah, ye!


Kamal mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’. Dia adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.


Jika anda mahu tahu, wajah² 1Malaysia inilah yang menerajui takhta individu paling kaya di Malaysia pada tahun 2011 dengan aset berbillion. Penulis sangat bangga melihat TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY masih kekal sebagai top 10.


©Azurie : Sedikit musykil sebab musabab Kamal Ashnawi tidak tersenarai di dalam carta 10 orang terkaya di Malaysia. Adakah sebelum tahun 2012 beliau belum lagi kaya??


Via : Utusan Malaysia

32 Comment

mizan Mon Jan 23, 03:48:00 PM

salam,dia memg kaya.patut bangga org melayu maam dia ade yg kaya.

http://blog.zakariamohamad.com/news-issues/gempa-imam-mahadi/

ariwijaya85 Tue Jan 24, 01:54:00 AM

yang kita patut pelik bukan dia tak masuk top 10,yg anehnya dia ni tak masuk top 40 pun!siapa boleh jawab?

ejoy cheras Tue Jan 24, 03:05:00 AM

ejoy berkata,,,..ala ni sumer propaganda jer...

Azmi.J Tue Jan 24, 04:55:00 AM

HSBC masih belum membuat apa-apa penafian setelah hampir dua hari berita ini tersebar. Walaubagaimanapun sebagai melaungkan semangat SATU MALAYSIA, saya tetap akan menyokong ANAK MELAYU PERTAMA BERGELAR TRILLIONAIRE!

Eriyza Tue Jan 24, 02:28:00 PM

@mizan:
Wassalam.
Tumpang gembira juga.

Eriyza Tue Jan 24, 02:28:00 PM

@ariwijaya85:
Sebab itulah sy agak muskil.

Eriyza Tue Jan 24, 02:29:00 PM

@ejoy:
Hmmm... ada kemungkinan gak.

Eriyza Tue Jan 24, 02:30:00 PM

@Azmi.J:
Semoga HSBC dpt memberikan penjelasan lanjut.

LSeman Tue Jan 24, 04:43:00 PM

cuba fikirkan, beliau hnya mnggunakan modal dngan sdkit,iaitu 50 ribu USD, dan kini sudah mnjdi 20 trillion....??? dua hari sya cuba fikirkan, smpai pusing kepala sya dibuatnya... adakah dia kena loteri atau jumpa harta karun di sebelah rumahnya..?? haha, renung2kan dan selamat berfikir.. :D

Syam sul Tue Jan 24, 04:46:00 PM

dunia semua tu....

RASHID Wed Jan 25, 01:10:00 PM

Betul ke dia ada 20 trillion. Macam x logik plak. Takkanlah pihak bank x declare kat sapa2. Sbb benda nie kan diorang update setiap tahun...

Eriyza Wed Jan 25, 11:59:00 PM

@Samir Nasri:
Mungkin dia patut isytiharkan segala aset yg dimilikinya supaya tidak timbul fitnah.

Eriyza Thu Jan 26, 12:00:00 AM

@Syam sul:
Harta duniawi semata.

Eriyza Thu Jan 26, 12:02:00 AM

@RASHID:
Sebab tu laa timbul teka-teki di kalangan orang ramai dgn dakwaan Encek Kamal ni.

metaLIQUE Thu Jan 26, 08:07:00 AM

ade beberapa org lagi yg memiliki kekayaan trilion.... bukan diorang je.. yg penting semua melayu =))....

Eriyza Thu Jan 26, 03:06:00 PM

@metaLIQUE:
Adakah mereka² semua itu 'terkenal'?? :p

Putra Sri Durga Sat Jan 28, 04:21:00 PM

Kejadian gempabumi memang ada kaitannya dengan kedatangan “Ratu Adil”.Kesemua kejadian adalah menjadi tanda bagi mereka yang berfikir.Bermula dengan Tsunami di Acheh kemudian diikuti dengan beberapa gempa di Indonesia dan persekitaran dan begitu juga dengan kejadian gempa yang besar di Acheh baru-baru ini,kejadian the “smiling moon” dan juga meletus gunung berapi di Iceland.Perlu diingatkan bahawa zaman sekarang, kuasanya “wang” yang merupakan kuasa dalam menyelesaikan kebanyakkan masalah kemiskinan di dunia.Jadi mengikut prediction dari kitab jawa “Joyo Boyo”, Ratu Adil akan datang dengan kewangan yang banyak yang dapat mengatasi semua masalah manusia di dunia di samping mengujudkan keadilan dan kebenaran dengan menyatukan keempat kitab iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Quran. Dengan penyatuan ini hampir 90% rakyat dunia ini akan mendapatkan ISLAM yang sebenarnya.Sebab itu sekarang ini dari ekonomi global, barat sudah mengalami kemelesetan dan kesemuanya akan berpindah ke Timur(Nusantara atau apa yang di sebut sebagai”Sundaland” atau the Lost City(Kumarikandam).Pernah di sebut akan ujud suatu bangsa di sebelah timur yang akan memerintah dunia di akhir zaman.
Bilakah bermulanya the world financial system?Sebenarnya the world financial system bermula dengan jumlah emas(gold) yang banyak dari 125 javanese kings dan yang terakhir Raden Mas Ki Asmoro wijoyo.Dengan jumlah emas tersebut dan di ketuai oleh Maharaja Jepun Hirohito, maka bermulalah satu akaun yang bernama “International Combined Collateral Account” dan seterus nya dimanage oleh World Bank, U.S. federal Reserve, IMF dan seterusnya beberapa bank komersial yang besar seperti UBS, HSBC, CITIBANK dan seterusnya.Sebab itu Bung Sukarnaoe( sebagai trustee bagi raja-raja jawa) telah menandatangani perjanjian dengan Presiden John F kennedy utk pihak Amerika mengeluarkan wang untuk projek Apollo suatu ketika dulu.Bung Sukarnoe hanya sebagai trustee cuma dapat memperolehi 2.5% dari jumlah yang di keluarkan.Pemiliknya masih 125 raja-raja java dan ini merupakan kebenaran dan bukan mitos dan perjanjiannya Indonesia akan kembali kepada sistem monarki menjelang tahun 2012.Sekarang ini terdapat hampir 70 orang kerabat keraton’raja yang berada di Eropah dan Amerika Syarikat menunggu saat pembubaran republik sebab dengan pembubaran tersebut maka akan diperuntukaan sejumlah USD117Trillion untuk pembangunan seluruh Indonesia.Sebab itu walau apapun kejadian, seperti “bali Bombing”, kerajaan Amerika tidak berani mengenakan sebarang sekatan ekonomi ke atas Indonesia tidak seperti yang seringkali berlaku di negara-negara Arab. Infact, setiap Presiden Amerika yang baru akan melawat Indonesia seperti yang akan di lakukan oleh Barack Obama tidak lama lagi.
Persoalannya, siapakah ” Ratu Adil ” yang di nanti-nantikan selama ini? Persoalannya kenapa apabila setiap negara meminjam dari “Royal Assets” untuk mencetak wang, terpaksa membayar interests sejumalh 6% setahun ke dalam akaun “KAMAL ASHNAWI”.Persoalannya “KAMAL ASHNAWI” seorang berbangsa Melayu dan berpaspot Netherland pernah di kunjungi oleh Pak Gus Dur dan Sheikh Abdul Ghafur(Ketua Pesantren Indonesia) suatu masa dulu pada thaun 2008.Kebenaranya, “KAMAL ASHNAWI” ini merupakan pewaris terakhir bagi kesemua harta-harta ini dan menggunakan gelaran”RADEN MAS PRABHU GUSTI AGUNG KI ASMORO WIJOYO”.
Semua yang tertulis di atas merupakan kebenaran semata-mata, saudarr-saudari yang di kasih boleh selidiki melalui rakan-rakan di dalam sistem perbankan, pak Kiai yang hebat dari ilmu hakikat dan makrifatnya dan juga ahli-ahli sejarah yang tahu tentang sistem perbankan dunia.
Mungkin tulisan saya ini berkisar kepada tanda gempa yang besar berskal 7.3 richter scale di Acheh bulan Mei baru-naru ini kerana di janka kerajaan beraja yang pertama yang akan bermula di tahun 2012 ialah Acheh(serambi Mekah) dan diikuti dengan jajahan-jajahan yang lain.
Wassalam

Putra Sri Durga Sat Jan 28, 04:25:00 PM

Ini adalah sedikit petikan ramalan Satria Piningit @ Ratu Adil @ Satria Pinandito.
Ramalan ini Hampir Sama Dengan Cerita KA.Adakah ini satu Kebetulan?

"Ia dibesarkan di suatu tempat, tanah yang mempunyai sejarah besar Nusantara. Namun ketika remaja, ia berkelana ke arah barat dari tempat asalnya. Melakukan semua hal yang bisa melepaskan derita seseorang, tanpa mengharap pujian atau imbalan. Walaupun selama perjalanan itu, ia selalu di jegal oleh orang-orang yang iri terhadapnya.

Hingga akhirnya ia telah kembali ke tempat asalnya untuk menumbuhkembangkan budaya tempat ia dilahirkan. Mengasuh pemuda-pemuda yang datang kepadanya, mengajarkan hakikat kehidupan dan tetap menolong sesama tanpa pamrih apapun. Kepulangannya ini lah titik awal dari pelaksanaan tugas yang sesungguhnya. Membuka gerbang impian rakyat akan hidup yang adil sejahtera."

resai Tue Jan 31, 03:06:00 PM

semua ni hanyalah khayalan saja........
janganla percaya..
penipu semua........
jangan percaya...
manusia akhir zaman banyak penipu..

Eriyza Tue Jan 31, 11:09:00 PM

@resai:
Ada kemungkinan gak seme ni auta jer.

tnZackJ Sat Feb 04, 08:58:00 PM

kaya kaya

Eriyza Sun Feb 05, 01:23:00 PM

@tnZackJ:
Aha, rezeki dia. :)

Unknown Tue Oct 30, 10:18:00 PM

Hmm, kalu betul dia kaya sampai macam tu, mesti nama dia dah ada dalam top 10 @ 40 dalam lingkungan 10 tahun lepas...yela, Bill Gates pun masuk list teratas padahai tak sampai 1 trillion pun duet dia, ni kan pulak dia yang dah simpan 20 trillion tu...perghhh

Eriyza Wed Oct 31, 10:40:00 AM

@puteri as:
Aha, agak pelik apabila namanya
'tercicir' daripada senarai. =)

De Buddies Mon Jan 14, 02:17:00 PM

sebab harta dia dari keturunan raja, harta raja tidak boleh masuk dalam forbes

De Buddies Mon Jan 14, 02:18:00 PM

sebab harta dia dari keturunan raja, harta raja tidak boleh masuk dalam forbes

Eriyza Mon Jan 21, 02:30:00 PM

@De Buddies:
Oh, begitu rupanya!

KAMAL ASHNAWI Mon Oct 07, 01:25:00 PM

Saudara / Saudari bolehlah baca mengenai saya dan dokumen bank berkaitan di : http://lordkamalashnawi.blogspot.com/

Adam Thu Nov 29, 08:15:00 PM

Sumber kekayaan tuan dari warisan or bisnes

Unknown Sat Sep 21, 11:21:00 PM

Subhanallah kalau Allah ingin mengkayakan seseorang itu tidak mustahil dgn Kun faya kun kuasa Nya... sudah tiba masanya negara timur menjadi kaya dgn pewaris harta2 yang tertulis dlm sejarah diakhir zaman ini. Sekalung tahniah kepada saudara Kamal Asnawi kerana telah terpilih mewarisi harta2 kerajaan Raja Nusantara sekarang ini. Syukur Alhamdulillah.

Boboy Thu Sep 10, 06:35:00 AM

X masuk akal..

Unknown Sat Dec 19, 12:06:00 PM

Byk skg mengangku nk jadi raja dpt aset dari susur galur keturunan terdahulu..Tp setahu aku yg belom buta sejarah lagi..Kebanyakan raja ni dtg dr indonesia dan ada bercampur dgn patani shja..Dr kekayaan yg dia dpt tu,bukan senang utk dia dpt sowg diri shja..

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.