Feb 6, 2012

Hafalan Shalat Delisa


Jika 1Malaysia ada filem Ombak Rindu, negara tetangga juga menghasilkan filem yang berkisarkan ombak. Maaf, tidak boleh bercerita lanjut tentang Ombak Rindu kerana belum pernah menontonnya. Bezanya, ombak kita khabarnya dipenuhi dengan adegan menjolok mata sedangkan ombak mereka dihiasi momen memilukan hati. Persamaan yang ada hanyalah kedua²nya diangkat ke layar perak daripada novel yang mencatat jualan tinggi.


VIDEO TRAILER HAFALAN SHALAT DELISA

Filem Hafalan Shalat Delisa ini mengisahkan tentang kehidupan Delisa (Chantiq Schagerl), anak kecil yang berusia 7 tahun yang tinggal bersama ibunya, Ummi Salamah (Nirina Zubir) dan 3 orang kakaknya iaitu Fatimah (Ghina Salsabila) serta si kembar Aisyah (Reska Tania Apriadi) dan Zahra (Riska Tania Apriadi) di desa bernama Lhok Nga, Acheh. Ayahnya, Abi Usman (Reza Rahadian) bekerja di sebuah kapal tangki di luar negara. Delisa agak nakal dan sering bertekak dengan kakak²nya. Dalam masa yang sama, dia sibuk menghafal bacaan dalam solat untuk ujian praktikal bersama Ustaz Rahman (Al Fathir Muchtar) di sekolahnya.


VIDEO LAGU TEMA HAFALAN SOLAT DELISA : RAFLY - IBU

Ketika Delisa memperdengarkan bacaan solatnya pada hari ujian praktikal, gempa bumi telah meletus dan tsunami yang dahsyat telah menuntut banyak korban nyawa dan harta benda. Delisa yang diselamatkan oleh tentera Amerika Syarikat bernama Smith (Mike Lewis) dan dirawat oleh Suster Sophie (Loide Christina Teixeira) tidak menyedari bahawa ombak tsunami telah 'membawa pergi' empat perempuan penting di dalam hidupnya.


VIDEO THE MAKING OF HAFALAN SHALAT DELISA

Delisa bukan sahaja kehilangan ummi dan adik-beradiknya malah sebelah kaki kanannya yang cedera parah terpaksa dipotong. Sekian lama mencari anaknya, akhirnya Abi Usmaan menemui Delisa di hospital. Mereka kembali ke kampung lalu membina semula pondok kecil dari runtuhan tsunami rumah lama mereka. Meskipun kehilangan kaki, Delisa tetap meneruskan kehidupannya dengan senyuman malah masih bermain bolasepak. Semangatnya mengharukan orang lain yang sering bersedih mengenangkan bencana yang menimpa mereka. Apakah kesudahan bacaan solat yang dihafal oleh Delisa dalam cerita ini??


VIDEO HAFALAN SOLAT DELISA

Penulis tidak menangis apabila menonton filem ini tetapi pengisian ceritanya membuatkan penulis kagum dengan watak Delisa yang digarap dengan cukup baik. Filem ini sarat dengan pengajaran dan penulis sarankan anda menontonnya. Tonton dan tonton! Kalaulah anak sekecil Delisa masih mampu tersenyum selepas terselamat dari bencana tsunami, mengapa kita masih memasamkan muka??

©Azurie : Masih lagi mendalami bacaan solat agar betul sebutan dan faham maknanya.

2 Comment

'adawiyah az-zahraa' Mon Feb 06, 11:47:00 PM

cant wait to watch this movie ^^

http://puteri-zahra.blogspot.com/2012/02/my-very-first-flash-header.html

Eriyza Tue Feb 07, 10:05:00 AM

@puteяi ʓαняα:
Selamat menonton dgn penuh penghayatan.

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.