Feb 22, 2012

Hong Yi Melukis Menggunakan Kopi


Setelah berjaya bereksperimentasi dengan lukisan dari bola keranjang, gadis manis Red Hong kembali menggemparkan dunia dengan lukisan dari kopi pula. Jika sebelum ini dia menggunakan Yao Ming sebagai model, kali ini artis versatile Jay Chou pula menjadi percaturan Hong Yi.

Red Hong hanya menggunakan lebihan air kopi untuk menghasilkan lukisan yang turut diinspirasikan dari lagu tersohor Jay Chou iaitu Secret. Antara bait² lagu itu ada disebut tentang kopi malah lagu itu diangkat menjadi filem yang turut menggunakan tajuk yang sama.


Lukisan ini mengambil masa selama 12 jam untuk disiapkan. Medium kopi yang digunakan perlu dibuat dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan corak tapak cawan yang menarik.


Kesungguhan arkitek yang bekerja di Shanghai ini akhirnya berbaloi apabila 'Jay Chou' karyanya berjaya dibentuk dengan baik.


VIDEO RED HONG MELUKIS JAY CHOU
MENGGUNAKAN LEBIHAN AIR KOPI

Tahniah kepada Red Hong Yi kerana berjaya keluar dari kepompong melukis dengan berus. Daya imaginasinya bersandarkan inspirasi tertentu ternyata membuka lembaran baru dalam dunia lukisan.

©Azurie : Lagu² Jay Chou sentiasa menjadi pilihan untuk halwa telinga.


Via : Oh I See Red

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.