Feb 21, 2012

Toyota Vios Terbang Atas Bumbung


Sebelum ini Myvi terbang ke atas Ford, kini satu nahas membabitkan 'kenderaan terbang' berlaku lagi. Kali ini, Toyota Vios yang dipandu oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Robert, 30, terbabas kerana keadaan jalan yang licin akibat hujan. Kejadian ini berlaku di Jalan Rock, Kuching pada pukul 12 malam.

Vios tersebut hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan, merempuh kedai peralatan pengantin lalu terus terbang dan mendarat di atas bumbung garaj kenderaan sebuah rumah.


“Tiba-tiba rumah bergegar dan sebaik membuka pintu, saya terkejut apabila melihat sebuah Toyota Vios tersangkut di bumbung garaj,” kata penghuni sebuah rumah yang dihempap kereta terbabas di Jalan Simpang Tiga, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, penghuni rumah berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia dan seorang rakan menonton televisyen di ruang tamu, sebelum terdengar dentuman kuat dari depan rumah.


“Saya terkejut apabila melihat kereta tersangkut pada bumbung rumah dan ia adalah kejadian kedua, kerana beberapa tahun lalu pagar rumah pernah dilanggar kereta terbabas,” katanya.

Petikan Harian Metro


Pemandu Vios tersebut hanya cedera ringan dan dibawa ke klinik berhampiran oleh rakannya.

©Azurie : Pernah berangan untuk memiliki Toyota Vios.


Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.