Feb 2, 2012

Tafsir Al-Quran Masih Elok Dalam Kebakaran Teruk


Berlaku satu kebakaran di rumah kedai yang beralamat No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam pada 31 Januari lalu. Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah berkejar ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran. Rumah kedai tersebut dilaporkan musnah teruk. Akan tetapi, apabila pihak bomba melakukan pemeriksaan sebaik operasi selesai, mereka menemui senaskhah kitab tafsir Al-Quran yang yang masih elok keadaan luaran dan dalamannya. Subhanallah!


Banyak perkakas yang berada di dalam rumah kedai itu dimamah api tetapi tafsir Al-Quran tersebut tetap dalam fizikal asalnya tanpa seinci pun kesan api.


Bahkan ia juga bagaikan kalis air kerana tidak basah mahu pun rosak walaupun ahli bomba menggunakan air yang banyak untuk memadamkan api yang marak.

Inilah tanda kebesaran Allah Taala bagi mereka yang mahu berfikir. Api pun tunduk dengan kekuasaan Allah tetapi kita selaku manusia yang berakal masih juga bergelumang dosa tanpa rasa kesal.

©Azurie : Teringat kisah api yang marak dinyalakan telah bertukar menjadi sejuk atas perintah Allah dalam sirah Nabi Ibrahim.

Via : Harian Metro

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.