Mar 6, 2012

Khairy Puji Bunohan Sambil Perli Hantu Bonceng


Pengarah filem yang juga Juri Maharaja Lawak, Ahmad Ilham Idham tersentap apabila Hantu Bonceng arahannya diperlekeh bahkan bukan calang² orang yang mengkritiknya. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau sinonim dengan gelaran KJ secara terbuka memuji filem Bunohan yang sedang ditayangkan malah memerli filem Hantu Bonceng di dalam Twitternya.

Memetik status Twitter KJ, beliau menyatakan filem Bunohan arahan Dain Said jauh lebih cemerlang dari segi sinematografi, metafora dan dialog jika dibandingkan dengan filem Hantu Bonceng yang digarap oleh Ahmad Idham.


TRAILER FILEM BUNOHAN


TRAILER FILEM HANTU BONCENG

Seharusnya Ahmad Idham menerima pandangan orang lain dengan hati terbuka. Bukan semua orang meminati genre filem yang sama apatah lagi filem arahannya sekadar hiburan ringan malah terselit pula dialog kontroversi yang didakwa menghina Islam.

Penulis menonton Hantu Bonceng kerana adanya Zizan Razak bukan kerana pengarahnya. Itu pun menonton di Youtube, maaflah penulis tidak akan menghabiskan wang membeli tiket untuk menonton di pawagam. Pada penulis, filem itu biasa sahaja dan tiada daya penarik untuk ditonton buat kali kedua.

Jadi, kutipan Hantu Bonceng walaupun memberangsangkan tetapi ia bukan kerana kekuatan filem tersebut melainkan aura Zizan yang menarik penonton ke panggung wayang. Ahmad Idham, tak usahlah melenting nanti kepala pening.

©Azurie : Bagi yang tidak tahu, BUNOHAN adalah nama tempat di KELANTAN.


Via : mStar

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.