Mar 6, 2012

Wanita Tua Memanjat Keluar Dari Keranda


Seorang nenek berusia 95 tahun memanjat keluar dari kerandanya setelah 6 hari 'disahkan mati'. Kes 'mati hidup kembali' itu mengejutkan kawasan kejiranannya di Beiliu, Daerah Guangxi, China. Nenek Li Xiufeng didapati kaku dan tidak bernafas di atas katil oleh jirannya dua minggu selepas tersadung dan mengalami kecederaan di kepala. Ketika jirannya, Chen Qingwang, 60, cuba mengejutkannya dengan memanggil dan menggerakkan tubuhnya, nenek Li langsung tiada tindak balas. Justeru, Chen 'mengesahkan' bahawa nenek Li telah mati.

Memandangkan Nenek Li tinggal sendirian, maka Chen dan anak lelakinya telah membuat persiapan untuk mengebumikan wanita tua itu. Nenek Li diletakkan di dalam keranda selama 6 hari untuk membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir.

Namun, sehari sebelum dikebumikan, mayat Nenek Li didapati hilang dari kerandanya. Kecohlah Chen dan jiran tetangga yang lain mencari mayatnya sehinggalah salah seorang dari mereka menjumpai Nenek Li sedang memasak di dapur rumahnya.

Nenek Li memberitahu bahawa dia sangat lapar setelah 'tidur yang panjang' dan mahu memasak sesuatu untuk dimakan. Tambahnya, dia mengambil masa yang lama untuk membuka penutup kerandanya sebelum memanjat keluar dari situ.

Para doktor yakin bahawa Nenek Li mengalami kematian tiruan (artificial death) yang menyebabkan seseorang itu tidak bernafas tetapi badan mereka kekal panas.

©Azurie : Tidak tahu apa akan terjadi kepada Nenek Li kalau dikebumikan pada hari yang sama dia diisytiharkan mati.

DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.