Mar 5, 2012

Warga India Terkorban Di Genting Highland


Seawal jam 8.15 pagi tadi, sebuah bas persiaran Star Mart yang membawa 24 pelancong warga India telah terbabas lalu terbalik di di Kilometer 4.6 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak. Dua penumpang maut manakala pemandu, kelindan dan penumpang selebihnya termasuk seorang kanak² berusia 2 tahun mengalami kecederaan. Rombongan itu dipercayai dalam perjalanan ke Singapura setelah melawat Genting Highlands.


VIDEO NAHAS BAS PERSIARAN STAR MART DI GENTING HIGHLAND

Mangsa yang terbunuh di tempat kejadian ialah Anita Aggarwal, 59, manakala Rajendra Kumar Agurwal, 67, pula mati ketika dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Keadaan jalan yang licin akibat hujan lebat dipercayai punca nahas tersebut berlaku.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Mohd Yusri Hassan Basri, kejadian dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang licin akibat hujan lebat sejak awal pagi itu.

“Bas dipercayai hilang kawalan sewaktu memasuki selekoh tajam ketika menuruni kawasan bukit lalu terbabas melanggar pembahagi di tengah jalan dan terseret ke jalan bertentangan sebelum terbalik.

“Mangsa dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat melalui saluran udara dan cermin bas yang pecah. Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang untuk menerima rawatan” katanya.

Petikan Sinar Harian


Siapa sangka percutian warga India di Malaysia berakhir dengan kemalangan. Takziah diucapkan kepada semua mangsa yang terlibat.

©Azurie : Sering lalu di Genting Sempah tetapi tidak pernah sampai ke Genting Highland.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.