Apr 9, 2012

Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH 2011


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia di kertas undi. Perumpaan ini tepat untuk ditujukan kepada Mat Haron Mustapha Aaron Aziz kerana muncul sebagai Artis Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 dengan jumlah undian sebanyak 87,669. Selain trofi, Aaron turut membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana 2.5 sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Rafflesia bernilai RM250 ribu.


ABPBH 2011 yang telah memasuki edisi ke 25 turut menambah satu anugerah khas iaitu Anugerah Seri Perak yang diungguli oleh Datin Seri Datuk Siti Nurhaliza sempena perayaan jubli peraknya. Zizan Razak mengejutkan banyak pihak apabila dinobatkan sebagai Pengacara TV Lelaki Popular menewaskan penyandang anugerah itu selama 9 tahun berturut-turut iaitu Haji Aznil Nawawi.


Berikut senarai penuh penerima anugerah ABPBH 2011 :-

01) BINTANG PALING POPULAR: Aaron Aziz

02) PENYANYI LELAKI POPULAR: Hafiz

03) PENYANYI WANITA POPULAR: Yuna

04) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

05) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: Johan Ariff As’ari

06) ARTIS BARU WANITA POPULAR: Tasha Shilla

07) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: Aaron Aziz

08) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: Maya Karin

09) PELAKON TV LELAKI POPOLAR: Fizz Fairuz

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: Fasha Sandha

11) ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR: Johan Raja Lawak

12) ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR: Didie Alias

13) PENGACARA TV LELAKI POPULAR: Zizan Razak

14) PENGACARA TV WANITA POPULAR: Fara Fauzana

15) PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR: Faizal Ismail

16) PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR: Fara Fauzana

ANUGERAH KHAS

01) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: Datuk Sheila Majid

02) ANUGERAH SRI PERAK: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin

Petikan mStar


Anugerah berprestij ini disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan Radio Hot.fm dari Arena of Stars, Genting Highland. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari barisan artis negara seperti Najwa Latiff, Faizal Tahir, Shila Amzah dan lain².

Antara perkara paling penulis benci apabila menonton siaran sebegini adalah pakaian menjolok mata artis² wanita. Masing² menyarung baju ketat lagi sendat sehingga jelas menampakkan bentuk badan mereka malah ada artis yang memilih baju seiras warna kulit sehingga menyebabkan penulis keliru sama ada dia berpakaian atau sebaliknya. Tidak malukah kalian telanjang dalam pakaian??

©Eriyza : Tahniah kepada semua pemenang ABPBH 2011 terutamanya Botak.

Via : mStar

1 Comment

Mengharap RedhaMu Mon Apr 09, 11:19:00 PM

Tapi halal ker rezki yang diterima??

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.