Apr 8, 2012

Aksi Nenek Main Gimnastik


Usia bukan halangan untuk membuat sesuatu yang diingini asalkan mempunyai tubuh badan yang sihat. Ungkapan ini sangat sesuai untuk menggambarkan tentang Johanna Quaas, seorang nenek yang masih boleh melakukan aksi gimnastik walaupun sudah berusia 86 tahun. Suruhlah dia beraksi dalam apa jua posisi misalnya melentukkan badan atau berdiri atas dua tangan, pasti boleh dilakukannya.


VIDEO JOHANNA QUAAS MELAKUKAN GIMNASTIK DI LANTAI


VIDEO JOHANNA QUAAS MELAKUKAN GIMNASTIK PARALLEL BAR

Johanna yang berasal dari Halle, Saxony bukan sahaja menjulang trofi di dalam acara gimnastik tetapi juga merupakan salah seorang pemain bola baling Jerman Timur yang pernah muncul sebagai juara.


Pembabitan nenek ini dalam sukan gimnastik bermula agak lewat iaitu ketika dia sudah berusia 30 tahun tetapi dia langsung tidak berpaling ke belakang lagi. Dia menjadi perhatian ramai ketika muncul mempamerkan aksi bertenaganya dalam kejohanan Cottbus World Cup 2012 di Jerman baru-baru ini.

Persembahan meyakinkan yang ditunjukkannya menyamai ahli gimnastik yang baru berusia 20an. Kusteru, tidak hairanlah jika nenek Johanna mendapat tepukan gemuruh dari audien yng hadir.

©Eriyza : Suka tengok kehebatan gimas negara, Faiznur Miskin di tengah gelanggang gimrama. Dia merangkul 5 pingat emas dalam Sukan Sea 1989.


Via : DailyMail

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.