Hasrat sekeluarga untuk menikmati coklat buatan tempatan yang dibeli dari sebuah pasar raya terbantut apabila coklat yang ingin disuap ke mulut disedari bersalut ulat. Coklat tersebut bukan sahaja dipasarkan di Malaysia malah turut diedarkan ke negara lain seperti United Kingdom, Hong Kong serta Singapura.
Mangsa, Ahmad Pouzai, 55 mula menyedari kehadiran ulat di dalam kepingan coklat tersebut. Paling memualkan, isterinya sempat merasa sedikit 'keenakan' coklat tersebut sebelum kehadiran sang ulat disedari.
“Entah kenapa tiba-tiba timbul perasaan ingin mencuba coklat ini, mungkin kerana keluaran tempatan dan diedarkan ke luar negara seperti United Kingdom, Hong Kong serta Singapura sedangkan saya sendiri tidak pernah membelinya sebelum ini.
“Sebagai langkah berwaspada setiap kali membeli, saya membaca dulu label kandungan coklat, tarikh halal dan yang pastinya tarikh luput coklat itu pada 16 Januari tahun depan,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad berkata, isterinya sempat makan sedikit coklat berkenaan kerana belum menyedari kewujudan ulat yang ada pada bahagian bawahnya sebelum berkongsi bersama.=
“Namun, sewaktu saya ingin mematahkan kepingan coklat seterusnya, saya perasan seekor ulat jatuh ke tempat duduk sebelum membuat keputusan memeriksa keseluruhan coklat dan menemui tiga ekor ulat.
Petikan Sinar Harian
Pengusaha coklat seharusnya lebih peka dengan kualiti coklat yang mereka pasarkan. Lakukan lebih banyak eksperimen sebelum sesuatu produk diedarkan agar hal memalukan seperti ini tidak berulang.
©Eriyza : Tidak suka makan coklat termasuklah kek cokat atau pun aiskrim coklat.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.