Apr 12, 2012

Gempa Bumi Melanda Acheh Pada 11 April 2012


Agensi mitigasi bencana Indonesia menghantar pasukan penyelamat ke Aceh, susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 hari ini, yang disusuli dengan amaran tsunami yang dikeluarkan kerajaan Indonesia. Gempa bumi kuat itu menyebabkan bekalan elektrik di beberapa wilayah terputus, manakala orang ramai bergegas ke kawasan lebih tinggi.


VIDEO INI DIRAKAM KETIKA
GEMPA BUMI SEDANG BERLAKU





“Gempa bumi sangat kuat dirasai, bekalan elektrik terputus, jalan menuju ke kawasan tinggi sesak dan kedengaran siren di merata tempat. Bacaan ayat suci al-Quran kedengaran di semua masjid,” kata jurucakap agensi, Sutopo di sini, sebentar tadi.

Petikan Berita Harian


Gegaran turut dirasakan di Malaysia, Singapura, Thailand dan India. Bangunan pencakar langit, pangsapuri dan pejabat di Malaysia merasai gegaran itu untuk tempoh seminit susulan kejadian terbabit.

Bencana tersebut menyebabkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami untuk Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives dan kepulauan lain di Lautan Hindi, Malaysia, Pakistan, Somalia, Oman, Iran, Bangladesh, Kenya, Afrika Selatan serta Singapura.

©Eriyza : Kepada semua warga Malaysia, anda dinasihati menjauhi kawasan pesisir pantai buat sementara waktu. Mudah²an tsunami 2004 tidak berulang.

Via : Berita Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.