Apr 12, 2012

Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-14


Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 mulai 13.12.11 lalu. Semalam, telah berlangsung istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim, 84, di Balairong Seri, Istana Negara. Tuanku Abdul Halim melafaz ikrar sebagai Ketua Negara dalam upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu.


Tuanku Abdul Halim yang juga Sultan Kedah mencipta sejarah apabila menjadi Yang Di-Pertuan Agong buat kali kedua pada tahun 2012 setelah memegang tampuk pemerintahan buat pertama kalinya pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975. Ketika itu, Sultanah baginda ialah Tuanku Bahiyah. Bezanya, kali ini Tuanku bersemayam di atas takhta kerajaan bersama Tuanku Haminah Hamidun.


Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu "Perang" bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini.

Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left Sabri Abdullah.

Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.

Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya.

Petikan Sinar Harian


Selamat bertakhta kepada Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah. Semoga Malaysia terus makmur di bawah pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku!

Eriyza : Semoga Permaisuri Agong, Sultanah², kerabat² diraja wanita, isteri² menteri dan semua wanita muslim diberi hidayah oleh Allah untuk menutup aurat dengan sempurna. Amin.


Via : Sinar Harian | NST

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.