Apr 25, 2012

Herbert Chavez Mahu Jadi Superman


Seorang pemuda dari Filipina, Herbert Chavez sanggup berhabis wang ringgit untuk menjalani beberapa siri pembedahan plastik agar kelihatan seperti superhero Superman. Herbert yang berusia 36 tahun telah mengubah hidung, bibir, dagu dan peha untuk menjadikan dirinya lebih mirip pelakon yang memegang watak Superman, Christopher Reeves.

'Clark Kent' Filipina ini bukan setakat mengubah penampilannya malah turut memiliki koleksi barangan Superman seperti patung bersaiz manusia, komik, poster, baju dan apa saja yang berkaitan dengan Superman.


Lelaki ini meraih pendapatan lumayan ketika bekerja sebagai pereka fesyen selama 3 tahun di Arab Saudi ketika berusia 22 tahun. Apabila pulang ke negaranya, dia membuka kedai kostum di Calamba yang membekalkan pakaian untuk pelakon dan artis.


Dia hanya melakukan pembedahan plastik di Filipina kerana mempercayai kepakaran doktor di negaranya tidak kurang hebat berbanding doktor barat. Herbert suka keluar di khalayak umum sebagai Clark Kent atau pun Superman.


Kebanyakan pakaian Superman yang dipakai oleh Herbert dihasilkannya sendiri. Mungkin masyarakat menganggap sikap obsesnya pada watak lelaki berseluar dalam di luar sebagai sesuatu yang menjengkelkan tetapi Herbert menegaskan bahawa apa yang dilakukan dengan tubuh badannya adalah urusan peribadi dan berharap orang lain menghormati keputusannya.

©Eriyza : Herbert Chavez terlalu rendah untuk ditawarkan watak Superman. Sepatutnya Clark Kent mempunyai tubuh badan tinggi lampai, baru tampan.


Via : Telegraph

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.