Bola sepak terus menjadi acara sukan kegemaran rakyat 1Malaysia apabila mengungguli 4 kategori dalam Anugerah Astro Arena 2012 yang berlangsung pada 23 April 2012. Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra disapa Apek dipilih sebagai pemenang Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan. Kontroversi yang sering melanda dirinya sedikit pun tidak menghalang peminat untuk terus menyokongnya.
Selain Apek, jurulatihnya Ong Kim Swee dan rakan sepasukan, Nazmi Faiz turut merangkul anugerah Jurulatih Pilihan dan Atlit Muda Pilihan.
Khairul Fahmi tiak dapat menerima anugerahnya sendiri berikutan berada di Vietnam.
"Inilah tanda sokongan rakyat Malaysia buat saya. Bagi saya, anugerah ini membuktikan rakyat Malaysia telah memberikan jiwa raga mereka bagi pasukan bola sepak tempatan untuk mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi lagi.
"Insya-Allah, saya akan terus menjadi yang terbaik dan tegurlah saya andaikata saya hampir terkandas. Segala yang saya peroleh ini disebabkan sokongan dari lima orang iaitu keluarga, media tempatan, pihak pengurusan, peminat dan kawan-kawan.
"Selagi saya kuat, selagi itu saya akan tempuhi segala cabaran yang dihadapi. Doakanlah saya sihat dan boleh terus berjuang dalam mengharumkan nama negara. Segala yang berlaku telah menguatkan saya untuk menjadi insan yang berguna. Doakan kami terus berjaya," jelas Apex yang berada di Vietnam kepada portal murai.com.my.
"Bukan mudah untuk memuaskan hati setiap orang. Namun, itulah lumrah dunia. Saya tidak akan menjadi sempurna di mata anda sekiranya saya tidak tahu apa kelemahan saya. Manusia dicipta untuk saling menegur agar menempuh kebahagiaan.
"Sekali lagi, saya hanya mampu membalas dengan ucapan terima kasih.Anugerah yang saya terima ini lebih berbaloi seandainya saya dapat membalasnya dengan kemenangan dan permainan yang cemerlang. Teruslah menyokong sukan bola sepak dan industri sukan tempatan," ujar Apex yang dihubungi selepas namanya diumumkan menang.
Petikan Murai
Anugerah Astro Arena 2012 bertemakan hitam merah ini dihoskan oleh Akhbar Sahari dan Edleen IsmailProgram ini turut dipancarkan secara langsung di Astro 801.
Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:
Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan:
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)
Bryan Nickson Lomas (Terjun)
Adrian Ang (Bowling)
Cheng Chu Sian (Memanah)
Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki)
Atlit Wanita Pilihan Berpasukan:
Pandelela Rinong (Terjun)
Png Hui Chuen (Renang Berirama)
Jacqueline Sijore (Bowling)
Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)
Katrina Ann Abdul Hadi (Renang Berirama)
Atlit Muda Pilihan:
Zulfadli Zulkifli (Badminton)
Adiq Husaini Othman (Berbasikal)
Aaliyah Yoong (Ski Air)
Jupha Somnet (Berbasikal)
Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)
Kebangkitan Pilihan:
Sam Chong (Snuker)
Lee Hup Wei (Olahraga)
Jurulatih Pilihan:
Yang Zhuliang (Terjun)
Ong Kim Swee (Bola Sepak)
Holloway Cheah (Bowling)
John Beasley (Berbasikal)
Lee Jae Hyung (Memanah)
Blog Sukan Pilihan:
Haresh Deo(Foul)
S S Dhaliwal ( Malaysian Sports)
Christopher Raj (Jaiho Malaysia)
Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)
Perlawanan Pilihan:
Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011)
Lin Dan lwn Lee Chong Wei (Final Kejohanan Badminton Seluruh England 2011)
Terengganu lwn Negeri Sembilan (Piala Malaysia 2011)
Malaysia lwn Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014)
Malaysia lwn Australia (Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012).
Lageda Sukan Negara
Dato M Rajamani
Datuk Ghani Minhad
Adnan Saidin
Sylvia Ng
Anugerah Khas Arena
Salam Sidik
Jasamu Dikenang
Razali Alias
Khoo Beng Khai
Petikan Murai
Tahniah kepada semua pemenang. Semoga kalian lebih berjaya di masa hadapan.
©Eriyza : Tak pernah dapat pingat dalam acara sukan sekolah.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.