Tindakan seorang lelaki yang menggunakan parang sebagai senjata untuk menyamun dan memperkosa seorang gadis akhirnya membawa kecelakaan kepada dirinya sendiri apabila parang tersebut dirampas oleh mangsa lalu dilibas tepat mengenai kemaluannya. Ekoran kejadian itu, penjenayah tersebut mengalami kecederaan parah pada bahagian 'kelelakiannya'.
Menurt polis, suspek melakukan jenayah itu di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah pada jam 4 petang ketika mangsa yang berusia 20 tahun sedang menuju ke kedai runcit. Suspek muncul lalu mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu.
“Suspek menolak mangsa hingga jatuh dan meminta mangsa menyerahkan wang serta barangan berharga. Apabila mangsa enggan mengikut arahannya, suspek menyeluk kocek mangsa dan merampas wang RM100 serta satu telefon bimbit,” katanya, semalam.
Petikan Harian Metro
Jenayah samun + rogol semakin berleluasa. Pelaksanaan undang² penjara + sebat seolah² tidak mendatangkan kesan kepada pelaku² gila seks di luar sana. Sesuatu perlu dilakukan agar kes² sebegini dapat dikurangkan.
©Eriyza : Tuhan bayar tunai kepada si pelaku jenayah tersebut. Jika alat kelaminnya 'rosak', maka kuranglah seorang perogol.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.