Apr 27, 2012

Denda Pemandu Teksi Minta Tambang Tinggi


Dua orang pemandu teksi telah didenda antara RM400 hingga RM1,000 dalam dua kes berasingan di Mahkamah Majistret semalam setelah mengaku bersalah kerana meminta tambang lebih tinggi dari kadar yang telah ditetapkan.

Pertuduhan pertama dikenakan ke atas J. Elanggo, 30, yang telah mengecaj sebanyak RM459.20 terhadap sepasang pelancong Britain untuk perjalanan dari KLCC ke Hotel Dorsett Regency, Jalan Imbi, kira² pukul 2 petang pada 8 Februari.

Pasangan itu, Evelyn Irene dan Rex Alan Frank, terkejut apabila mereka diminta untuk membayar RM459.20 apabila meter hanya menunjukkan RM8. Pasangan itu membayar tambang tersebut tetapi membuat laporan di Unit Siasatan dan Aduan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari yang sama bahawa mereka telah ditipu sebanyak RM451.20. Justeru, J. Elanggo telah didenda sebanyak RM1000 atau penjara sebulan jika gagal melunaskan bayaran oleh Majistret Nurdiana Mohd Nazari.

Di mahkamah yang sama, seorang lagi pemandu teksi, didenda RM400 atau penjara 4 hari setelah mengenakan tambang RM8 kepada 4 orang penumpang sedangkan harga sepatut dibayar hanyalah RM4.80. Ahmad Osman, 53, mengaku bersalah mengambil lebihan wang sebanyak RM3.20 di LRT Sentul Timur di Taman Dato Senu, sekitar pukul 4:37 petang pada 30/11/2011. Dia membayar denda tersebut.

Kedua² lelaki ini merupakan pemandu teksi pertama yang disabitkan dengan kesalahan mengambil tambang melebihi kadar pada meter di bawah Akta SPAD.

©Eriyza : Di sini, teksi merujuk kepada beca dan juga teksi.

Via : NST

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.