Apr 27, 2012

Petani Nikahi Dua Isteri Dalam Satu Hari


Jika anda jatuh cinta pada dua orang insan sekaligus, siapakah agaknya yang bakal anda jadikan pasangan hidup?? Di sana menanti atau di sini menunggu?? Secara logiknya, tentu seorang sahaja yang terpilih manakala satu lagi pasti tersisih. Abdul Rahman Nayef al-Obeidi juga menghadapi dilema apabila dia mencintai dua gadis di dalam satu masa. Demi kasih sayangnya kepada kedua² gadis, dia nekad untuk menikahi kedua²nya pada hari yang sama.

Petani berusia 22 tahun yang berasal dari Iraq ini menikahi Suad yang sebaya dengannya dan Intidhar, 17, di rumahnya sendiri di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit pada 6 April lalu. Perkahwinan ini semakin unik kerana pengantin lelaki dan dua isterinya adalah sepupu.


"Saya mengambil masa kurang sebulan untuk membuat keputusan muktamad kerana dua keluarga itu ialah saudara-mara saya dan saya menyintai dua gadis tersebut," katanya.

Langkah paling penting yang perlu dibuatnya adalah dengan berusaha memujuk dua wanita muda tersebut.

Intidhar berkata: "Abdul Rahman memberitahu, dia akan berkahwin dengan saya dan Suad dalam satu malam. Apakah yang anda mahu katakan?

"Saya memberitahunya, ia sesuatu yang baik jika anda melayan kami dengan adil."

Agama Islam membenarkan lelaki berkahwin dengan empat wanita namun mensyaratkan isteri-isteri perlu dilayan dengan adil.

Suad berkata, dia terkejut apabila Abdul Rahman memberitahunya tentang hasratnya itu.

Namun, katanya, Abdul Rahman memujuknya supaya dia bersetuju.

Petikan Kosmo!


Pernikahan ini berjaya diadakan kerana adanya persetujuan dari kedua² pengantin perempuan dan ahli keluarga yang banyak membantu.

Tahniah kepada Suad ♥ Abdul Rahman ♥ Intidhar kerana memudahkan urusan poligami tanpa sebarang insiden tidak diingini.

©Eriyza : Wahai lelaki Malaysia, contohilah lelaki ini jika ingin berpoligami. Jangan asyik bawa lari isteri kedua nikah di seberang sedangkan isteri pertama tidak tahu langsung.

Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.