Apr 27, 2012

Jejaka Dipenjara Kerana Memperkosa


Seorang jejaka yang baru berusia 23 tahun harus menghabiskan 25 tahun lagi hidupnya di dalam tembok besi apabila disabitkan kesalahan memperkosa seorang gadis berusia 15 tahun di dalam Toyota Alphard oleh Mahkamah Sesyen. Hakim Roszianayati Ahmad menjatuhkan hukuman penjara dan 7 kali sebatan ke atas Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.

Mahkamah juga menolak permohonan peguam Rosnan Hassan yang mewakili Khairul Ivan supaya hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.


“Kesalahan dilakukan adalah kejam, kamu tunggu, tangkap dan rogol. Gadis-gadis muda perlu dilindungi daripada kamu. Oleh itu kamu perlu diasingkan daripada masyarakat untuk satu tempoh yang lama sebagai pengajaran,” katanya.

Petikan Kosmo!


Tertuduh hanya mendiamkan diri tanpa sebarang reaksi walaupun dipeluk dengan esak tangis oleh ibunya sebaik prosiding selesai. Tentu dia sedang memikirkan masa depan yang kelam apabila tingga di penjara sehingga tua.

©Eriyza : Apabila nafsu menguasai diri, nescaya binasalah diri.


Via : Kosmo!

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.