Apr 14, 2012

SonaOne Dipijak Sehingga Pengsan


Seorang pemuzik, Mikael Adam Mohd Rafee Michel yang menggunakan nama pentas SonaOne cedera teruk di bahagian muka dan kepala akibat dipukul oleh seorang lelaki yang dikenalinya. Mangsa, 23, dibelasah oleh lelaki yang merupakan seorang anak kenamaan di hadapan kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang. Dalam kejadian pada pukul 3.50 pagi itu, mangsa baru memasuki kereta bersama dua rakan wanitanya sebelum ditarik keluar oleh suspek dan terus memukulnya bertubi² sehingga jatuh tersungkur.


Tanpa belas kasihan, suspek terus memijak mukanya dengan kuat sehingga dia pengsan. Susulan kejadian itu, mangsa dikejarkan oleh pusat perubatan swasta oleh rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rakan mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Tun Razak.



VIDEO MIKAEL ADAM MENERIMA RAWATAN
DI SEBUAH PUSAT PERUBATAN SWASTA

"Ketika itu saya baru pulang dari kerja... sebaik ditarik keluar, saya ditumbuk bertalu-talu sehingga terjatuh sebelum kepala saya dipijak dengan kuat menyebabkan saya tidak sedarkan diri.

"Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala dengan kedua belah tangan saya bagi mengelakkan kecederaan lebih parah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sebuah pusat perubatan swasta di sini hari ini.

"Saya mahu lelaki itu diambil tindakan kerana memukul saya sesuka hati hingga cedera parah tanpa sebab," katanya.

Petikan Sinar Harian


©Eriyza : Sepak terajang sudah menjadi amalan muda-mudi untuk melampiaskan amarah. Mana perginya sifat sabar??

Via : Harian Metro | Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.