Apr 14, 2012

Amerika Syarikat Tahan Shah Rukh Khan


Superstar Bollywood yang mencipta kejayaan luar biasa menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai dengan kutipan sebanyak US$20.62 million, Datuk Shah Rukh Khan telah ditahan selama 2 jam di Lapangan Terbang White Plains, New York ketika tiba dengan pesawat peribadi untuk menghadiri majlis rasmi di Universiti Yale. Penahanan aktor itu mencetuskan kemarahan India yang sudah muak dengan sikap pihak berkuasa Amerika Syarikat yang sinonim dengan perbuatan 'tahan' dan 'mohon maaf'.

Punca sebenar bintang filem itu ditahan belum dapat dipastikan. Ini bukan kali pertama Shah Rukh Khan ditahan kerana dia juga pernah ditahan selama 2 jam di Lapangan Terbang Newark pada tahun 2009 gara² membawa nama Khan. Namun, dia dibebaskan setelah kedutaan India campur tangan dalam isu tersebut.


Menteri Hal Ehwal Luar India, SM Krishna berkata, dasar menahan dan kemudian meminta maaf di pihak berkuasa AS tidak harus berterusan.

"Permohonan maaf Amerika menjadi sesuatu yang mekanikal," kata Krishna hari ini.

Krishna juga telah meminta Duta India di AS, Nirupama Rao mengemukakan protes kepada kerajaan negara itu.

Petikan Sinar Harian


©Eriyza : Sudah lama tidak menonton filem Bollywood kerana penghasilan filem dari India ini sudah terlalu jauh menyimpang dari matlamat asal untuk memberi pengajaran. Kini, adegan tidak bermoral dengan kata² yang kasar menjadi 'modal jualan' filem mereka.

Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.