May 26, 2012

Bumbung Tercabut Diterbangkan Ribut


Kira-kira 64 buah rumah dan kedai mengalami kerosakan teruk akibat dilanda ribut dalam kejadian pada jam 11.15 malam tadi. Ada antara rumah tersebut ranap dihempap pokok malah bumbung turut diterbangkan angin yang kuat.


Jumlah rumah yang rosak ialah :-

Kampung Bukit Anak Dara - 34
Kampung Titian Bertayun - 22
Kampung Ibai Penunjuk - 4
Kampung Che Wan - 3
Kampung Teluk Kalong - 1
Gerai Makan Medan Selera Geliga. - 5


Seorang mangsa, Adam Halim, 23, dari Kampung Bukit Anak Dara, Kijal berkata, dia sekeluarga sedang nyenyak tidur apabila terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian dapur rumah kira-kira jam 11.45 malam.

“Terkejut dengan bunyi kuat itu, saya pergi memeriksa di dapur dan melihat pokok rambutan di belakang rumah sudah menghempap bahagian kiri dapur rumah dan saya segera membawa isteri dan anak yang berusia dua tahun keluar dari rumah. Apabila diperiksa, pokok itu tumbang kerana akarnya tercabut dipukul ribut

“Namun, syukur kepada ALLAH SWT kerana bilik tidur kami berada di bahagian kanan hadapan rumah. Jika berada di hadapan bahagian dapur pasti sesuatu yang tidak diingini berlaku memandangkan kami sekeluarga sudah tidur ketika itu,” katanya yang mengakui mereka sekeluarga mula masuk ke bilik pada jam 11 malam.

Menurutnya, sejak menyewa di rumah berkenaan tujuh tahun lalu, musibah tersebut adalah kali pertama menimpa keluarganya.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Mohamad Jusoh, 60, berkata, ketika kejadian berlaku dia bersama isteri Fatimah Ishak, 45, dan dua anaknya Nur Jufadiha, 17, dan Nur Jufarahain, 14, baru bersiap untuk tidur.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti dahan patah sebanyak tiga kali dan dengan sepantas kilat bumbung rumah kami diterbangkan angin menyebabkan kami empat beranak segera keluar menyelamatkan diri setelah melihat bumbung telah tiada,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu terjadi pada jam 12 tengah malam dan selepas keluar dari rumah, dia empat beranak terkedu melihat bahagian bumbung rumah berada di hadapan pintu dapur.

Petikan Sinar Harian


Semoga semua mangsa yang terlibat dengan musibah ini bersabar dengan ujian Allah.

©Eriyza : Jangan kata ribut, angin kuat pun rasa takut.


Via : Sinar Harian

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.