Sepasang suami isteri tidak menyangka bayi mereka yang hilang sebenarnya sudah meninggal dunia. Lebih menimbulkan kesedihan apabila bayi tersebut, Asyraful Iskandar Mohd Noor yang baru berusia 2 bulan, masih berada di dalam rumah ketika dikatakan hilang malah 'bersembunyi' di dalam periuk di dalam kabinet dapur dalam keadaan kaku.
Menurut bapa bayi malang tersebut, Mohd Noor Salleh, 58, bayinya tidur di dalam buaian ketika dia menjengahnya sebelum pergi ke klinik. Sebaik pulang dari klinik sejam kemudian, isterinya iaitu Zarinah Dahalan, 42, mendakwa Iskandar tiada dalam buaian sewaktu dia memasak.
Setelah pencariannya bersama jiran² tidak berhasil, dia membuat laporan di Balai Polis Rengit pada hari sama jam 11 pagi. Sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kemudian tiba di rumah sebelum memeriksa setiap bahagian. Mereka akhirnya menemui Iskandar yang sudah menjadi mayat di dalam periuk di dalam kabinet dapur.
©Eriyza: Takziah kepada keluarga Encik Mohd Noor + Puan Zarinah. Banyakkan bersabar menghadapi ujian Allah.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.