May 28, 2012

Datuk Michelle Yeoh Bergelar Datuk Seri


Bintang filem kelahiran Ipoh yang menempa nama di peringkat antarabangsa, Datuk Michelle Yeoh telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak pada 22 Mei lalu. Penganugerahan itu membawa gelaran Datuk Seri. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sendiri berkenan mencemar duli untuk mengurniakan darjah tersebut kepada Datuk Seri Michelle Yeoh di Istana Iskandariah sempena Hari Keputeraan Ke-84 baginda.

Datuk Michelle sedang menjalani penggambaran filem di Bangkok, Thailand ketika ibunya, Datin Janet Yeoh menyampaikan khabar gembira ini kepadanya.

Pelakon yang juga bekas Miss Malaysia World 1983 ini pernah menjadi gadis Bond dalam Tomorrow Never Dies selain membintangi banyak filem hebat termasuklah Police Story III, The Touch, Silverhawk dan lain-lain lagi.. Beliau turut menerima tamparan hebat dalam kerjaya seninya apabila diharamkan memasuki negara Myanmar gara-gara membawa peranan Aung San Suu Kyi dalam filem The Lady pada tahun 2011.

Via : Daily Chilli

0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.