Shouryya Ray, pelajar berusia 16 tahun dari Kolkata, India menjadi perhatian ilmuan dunia apabila berjaya menyelesaikan soalan yang dibuat oleh Sir Isaac Newton di Dresden, Jerman. Sejak 350 tahun lalu, terlalu ramai pakar matematik yang gagal mencari jawapan untuk permasalahan tersebut.
Pelajar pintar ini telah merungkai dua teori dinamik zarah asas yang selalunya boleh dikira menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh ahli fizik. Teori itu diselesaikan ketika dia menyertai lawatan sekolah ke Universiti Dresden sedangkan profesor universiti tersebut tidak menemui jawapannya.
Hasil penyelesaian Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding.
©Eriyza : Hanya pandai menghitung kiraan Matematik yang senang.
0 Comment
Post a Comment
Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)
Sila ambil perhatian perkara² berikut :-
1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.